October 20, 2008
Hati kecil saya berkata, alhamdullilah syukur ke hadrat illahi perwakilan terbuka hati memberi sokongan kepada saya dalam pemilihan jawatan ketua UMNO Pasir Mas pada 1hb November 2008 lalu. Saya ikhlas menawar diri untuk mengisi kekosongan jawatan ini kerana sebelum ini sebagai Timbalan Ketua sejak awal lagi tidak ghairah merebut jawatan itu justeru menghormati heraki parti. Walau bagaimanapun saya tidak ada pilihan lain kecuali menawar diri untuk bertanding ketua atau pertahan jawatan lama iaitu Timbalan. Lalu saya memilih untuk menawar diri sebagai ketua.
Sebelum ini Saya kerap kali memberi tahu perwakilan bahawa saya ingin menawar diri untuk memimpin UMNO Pasir Mas kerana saya mempunyai agenda 3E (education, environment,economy) untuk dilaksana selain dari perjuangan lazim UMNO. Saya mempunyai pengalaman yang agak lama dalam UMNO, hampir 30 tahun. Saya tidak semata mata ingin memegang jawatan tetapi akan menjadikannya landasan untuk perjuangkan idealisma saya bagi kepentingan bangsa saya khususnya di Pasir Mas. Untuk menyara hidup saya dan keluarga, saya mempuyai kerjaya sebagai seorang professional dan tidak pernah menggunakan politik untuk cari makan. Politik ialah perjuangan saya. Kerjaya dan perjuangan politik adalah dua perkara yang berbeza.
Saya mula menjadi ahli UMNO pada bulan February 1979 melalui Kelab UMNO London. Ketika itu saya tinggal serumah dengan Shukri Dato Samad Idris(anak Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan) di 15 Farnborough Avenue, E17 London iaitu 500 meter dari stesyen keretapi bawah tanah Blackhorse Road . Dia mengajak saya hadir di mesyuarat Kelab UMNO di rumah salah seorang jawatankuasa Kelab di Bayswater. Pengerusinya ialah En Bahadur Shah yang ketika itu pelajar tahun akhir undang undang di Central London. Selepas itu kami kerap bertemu di Bryanston Square dekat stesyen Marble Arch apabila ada majlis majlis anjuran UMNO. Kami kerap menerima kunjungan menteri menteri dan timbalan menteri ketika mereka datang ke london.
Sekembali di Malaysia saya ditugaskan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuala Lumpur. Kemudian ditugaskan di Kuantan, Kuala Terengaanu dan di Kelantan. Semasa di Kelantan, saya kemudian menjadi Ketua Pemuda Cawangan Padang Tokla. Sejak itu perjalanan politik saya melangkah ke peringkat bahagian sehinggalah sekarang.
Leave a Comment » |
GENERAL | Tagged: kelab umno london |
Permalink
Posted by hanafimamat
October 14, 2008
Insyallah, allah akan merestui pemimpin yang ikhlas dan banyak korbankan hidupnya untuk kesejahteraan rakyat. Semasa saya memegang jawatan ketua pemuda Umno Pasir mas pada 1990, saya telah membuat kunjungan hormat ke pejabat menteri pertahanan bersama exco pemuda. Dato Seri Najib pada ketika itu baru memegang porfolio baru sebagai menteri pertahanan dan telah berpindah dari kementerian belia dan sukan di Pusat Bandar Damansara ke MINDEF. Rombongan seramai 20 orang exco pemuda Pasir Mas berkonvoi dengan kereta dari Pasir mas melalui Gua Musang. Setiausaha politik menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Malaysia menyambut kami di kementah jalan gurney (sekarang jalan semarak). Pertemuan selama sejam itu memberi peluang kepada exco pemuda Pasir Mas beramah mesra dengan ketua mereka di peringkat kebangsaan. DS Najib meninggalkan impresi yang sangat mendalam kepada pergerakan pemuda yang sangat mengkagumi karisma yang dimiliki beliau. Pertemuan disusuli dengan makan tengahari di kafetaria MINDEF. Kami berada di KL selama 3 hari dan pulang dengan kenangan manis. Antara yang mengikuti rombongan tersebut, kalau saya masih ingat, terdiri dari, Allahyarham Wan Yusof, Adib Ibrahim, Jamaludin yusof, Wan Adnan, Yahaya Hasssan, Mohamad Abduh, Aziz Harun, Roslan Ibrahim, Dr Zulkifli, Allahyarham Azman Ramli, Wan Shamsudin, Amir Rahim dan Nik omar. Exco pemuda pasir mas sangat menghormati DS Najib dan meletakkan harapan yang tinggi bahawa suatu hari nanti beliau akan melakar sejarah menjadi pemimpin besar Malaysia.
Pada bulan September 1990, Zahid Hamidi menelefon saya di pejabat meminta saya menghantar CV atau profail peribadi saya. Kata Zahid, DS Najib perlukannya. Pada ketika itu saya adalah seorang pegawai kumpulan A dan bertugas sebagai Juruukur Jajahan Kelantan Barat. Pada bulan Oktober 1990, saya dimaklumkan bahawa Presiden Umno DS Dr mahathir, bersetuju saya dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 1990. Saya tahu DS Najib telah rekomenkan saya. Budi dan jasanya….akan sentiasa dikenang. Kini negarawan ini akan mencipta sejarah baru…insyallah sebagai Perdana Menteri ke 6 pada tahun 2009. Kita akan terus mendoakan kejayaan beliau untuk memertabatkan agama dan bangsa.
Leave a Comment » |
GENERAL |
Permalink
Posted by hanafimamat