Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Presiden UMNO

Insyallah, allah akan merestui pemimpin yang ikhlas dan banyak korbankan hidupnya untuk kesejahteraan rakyat. Semasa saya memegang jawatan ketua pemuda Umno Pasir mas pada 1990, saya telah membuat kunjungan hormat ke pejabat menteri pertahanan  bersama exco pemuda. Dato Seri Najib pada ketika itu baru memegang  porfolio baru sebagai menteri pertahanan dan telah berpindah dari kementerian belia dan sukan di Pusat Bandar Damansara ke MINDEF. Rombongan seramai 20 orang exco pemuda Pasir Mas berkonvoi dengan kereta dari Pasir mas melalui Gua Musang. Setiausaha politik menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Malaysia menyambut kami di kementah jalan gurney (sekarang jalan semarak). Pertemuan selama sejam itu memberi peluang kepada exco pemuda Pasir Mas beramah mesra dengan ketua mereka di peringkat kebangsaan. DS Najib meninggalkan impresi yang sangat mendalam kepada pergerakan pemuda yang sangat mengkagumi karisma yang dimiliki beliau. Pertemuan disusuli dengan makan tengahari di kafetaria MINDEF. Kami berada di KL selama 3 hari dan pulang dengan kenangan manis. Antara yang mengikuti rombongan tersebut, kalau saya masih ingat, terdiri dari, Allahyarham Wan Yusof, Adib Ibrahim, Jamaludin yusof, Wan Adnan, Yahaya Hasssan, Mohamad Abduh, Aziz Harun, Roslan Ibrahim, Dr Zulkifli, Allahyarham Azman Ramli, Wan Shamsudin, Amir Rahim dan Nik omar. Exco pemuda pasir mas sangat menghormati DS Najib dan meletakkan harapan yang tinggi bahawa suatu hari nanti beliau akan melakar sejarah menjadi pemimpin besar Malaysia.

Pada bulan September 1990, Zahid Hamidi menelefon saya di pejabat meminta saya menghantar CV atau profail peribadi saya. Kata Zahid,  DS Najib perlukannya.  Pada ketika itu saya adalah seorang pegawai kumpulan A  dan bertugas sebagai Juruukur Jajahan Kelantan Barat. Pada bulan Oktober 1990, saya dimaklumkan bahawa Presiden Umno DS Dr mahathir, bersetuju saya dipilih sebagai calon untuk bertanding di kawasan parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 1990. Saya tahu DS Najib telah rekomenkan saya. Budi dan jasanya….akan sentiasa dikenang. Kini negarawan ini akan mencipta sejarah baru…insyallah sebagai Perdana Menteri ke 6 pada tahun 2009. Kita akan terus mendoakan kejayaan beliau untuk memertabatkan agama dan bangsa.

Leave a Reply