Hati kecil saya berkata, alhamdullilah syukur ke hadrat illahi perwakilan terbuka hati memberi sokongan kepada saya dalam pemilihan jawatan ketua UMNO Pasir Mas pada 1hb November 2008 lalu. Saya ikhlas menawar diri untuk mengisi kekosongan jawatan ini kerana sebelum ini sebagai Timbalan Ketua sejak awal lagi tidak ghairah merebut jawatan itu justeru menghormati heraki parti. Walau bagaimanapun saya tidak ada pilihan lain kecuali menawar diri untuk bertanding ketua atau pertahan jawatan lama iaitu Timbalan. Lalu saya memilih untuk menawar diri sebagai ketua.
Sebelum ini Saya kerap kali memberi tahu perwakilan bahawa saya ingin menawar diri untuk memimpin UMNO Pasir Mas kerana saya mempunyai agenda 3E (education, environment,economy) untuk dilaksana selain dari perjuangan lazim UMNO. Saya mempunyai pengalaman yang agak lama dalam UMNO, hampir 30 tahun. Saya tidak semata mata ingin memegang jawatan tetapi akan menjadikannya landasan untuk perjuangkan idealisma saya bagi kepentingan bangsa saya khususnya di Pasir Mas. Untuk menyara hidup saya dan keluarga, saya mempuyai kerjaya sebagai seorang professional dan tidak pernah menggunakan politik untuk cari makan. Politik ialah perjuangan saya. Kerjaya dan perjuangan politik adalah dua perkara yang berbeza.
Saya mula menjadi ahli UMNO pada bulan February 1979 melalui Kelab UMNO London. Ketika itu saya tinggal serumah dengan Shukri Dato Samad Idris(anak Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan) di 15 Farnborough Avenue, E17 London iaitu 500 meter dari stesyen keretapi bawah tanah Blackhorse Road . Dia mengajak saya hadir di mesyuarat Kelab UMNO di rumah salah seorang jawatankuasa Kelab di Bayswater. Pengerusinya ialah En Bahadur Shah yang ketika itu pelajar tahun akhir undang undang di Central London. Selepas itu kami kerap bertemu di Bryanston Square dekat stesyen Marble Arch apabila ada majlis majlis anjuran UMNO. Kami kerap menerima kunjungan menteri menteri dan timbalan menteri ketika mereka datang ke london.
Sekembali di Malaysia saya ditugaskan di Jabatan Ukur dan Pemetaan Kuala Lumpur. Kemudian ditugaskan di Kuantan, Kuala Terengaanu dan di Kelantan. Semasa di Kelantan, saya kemudian menjadi Ketua Pemuda Cawangan Padang Tokla. Sejak itu perjalanan politik saya melangkah ke peringkat bahagian sehinggalah sekarang.
Posted by hanafimamat