Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua perwakilan, jentera, penyokong dan ahliahli umno yang telah memberi sokongan kepada saya untuk melayakkan saya memimpin UMNO bahagian Pasir Mas bagi penggal 2008/2011. Saya amat terharu dengan pernyataan sokongan itu yang saya kira telah memberi kemenangan agak besar (landslide). Saya mendapat 376 undi manakala pesaing, yang juga sahabat baik saya, Hj Fauzi mendapat 163. Perbezaan angka amat ketara. Saya bersyukur kerana dengan keputusan itu saya dapat simpulkan ahli parti membuat keputusan yang tidak berbelah bagi. Ini akan menjadikan kepimpinan saya insyallah, menjadi lebih stabil. Sementara saya gembira dengan keputusan tersebut, saya juga sedar bahawa tanggungjawab besar sedang menanti. Insyallah saya akan teruskan perjuangan yang diamanahkan oleh ahli ahli terdaya mungkin.
Saya berharap kita semua lupakan saja apa jua peristiwa yang berlaku semasa kita berkempen. Saya tahu pelbagai kaedah dipergunakan termasuk, slandering, mud slinging, character assasination dan rekacipta isu bagi menarik sokongan. Tapi saya telah mengarah jentera saya supaya berkempen secara sihat. Saya telah arah untuk, lie-low tapi sasar bulls-eye. Jangan tumbok below the belt. Always be on the higher ground.
Pertama kali dalam sejarah pertandingan merebut jawatan penting, saya mengarahkan supaya tidak diwujudkan team atau grup. Dan ianya telah berjaya mengelakan perpecahan dan ini telah diakui oleh semua pihak. Saya bersyukur kerana segalanya telah selesai dan saya minta kita semua berpegang kepada perpatah melayu ,biduk berlalu, kiambang bertaut. Yang menang tidak dapat semua dan yang kalah tidak hilang semua.
November 2, 2008 at 8:09 am |
tahniah……
November 2, 2008 at 8:10 am |
tahniah di atas kemenangan tuan haji dalam pertandingan semalam.
November 3, 2008 at 3:32 pm |
terima kasih sharimi.
January 14, 2009 at 5:49 am |
congratulations boss! sori sy baru wish. smga boss teruskan dedikasi memimpin UMNO bhgian Pasir Mas. walaupun sy dh tak kerja dgn boss, sy tetap menyokong boss dr jauh.
January 18, 2009 at 8:06 am |
thank u sarah . i masih ingat u seorang staff yang baik semasa bertugas dengan i.
saya doakan sarah sihat dan murah rezeki. selamat maju jaya.