perhimpunan agong umno 2009

March 30, 2009

Perhimpunan agong umno 2009 telah pun selesai dengan penuh bersejarah. Peralihan kuasa Presiden UMNO dari Dato Seri Abbdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib disaat saat akhir disaksikan oleh Tun Mahathir yang tiba sejurus sebelum selesai Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat ucapan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya yang berada digaleri turut terkejut apabila Tun Dr Mahathir tiba tiba muncul di galeri sebelah kanan pentas bersama Dr siti hasmah.
Suasana penuh terharu dengan tepukan berdiri oleh semua perwakilan memberi warna indah kepada majlis penutup persidangan pada tengahari itu. Datuk Seri Najib pula bijak mengambil peluang dengan ucapan yang menusuk hati bercampur keharuan apabila beliau berkata jika dua negarawan ini iaitu Paklah dan Tun Mahathir berbaik semula ,yang dibawah (ahli umno) tentu akan merasa amat gembira. Kemudian Tun Mahathir naik kepentas dan berpelukan dengan Dato Seri Abdullah. Suasana yang memuncak dengan kegembiraan bercampur sorakan memberikan makna yang sukar dilupakan.
Saya turut terharu dan terpegun dengan pameran jiwa besar kedua dua negarawan itu. Dato Seri Najib amat bijak dikesempatan itu melakar peristiwa pada hari beliau di nobatkan sebagai pemimpin besar UMNO. Beliau adalah sebenarnya pencipta suasana yang akan di paparkan sebagai sejarah istemewa bagi awal tahun 2009.
Saya pulang dengan dada yang sebak kerana terharu dan gembira dan tidak putus putus menceritakan peristiwa itu kepada kawan kawan yang saya temui.