Walaupun kerusi DUN Penanti di kosongkan dengan cara wakilnya meletak jawatan, rakyat perlu di beri peluang memilih wakil baru mereka. Penyokong BN di situ tidak kecil semasa pilihanraya 2008 dan mereka akan kecewa jika tidak ada pilihanraya.Maruah pemimpin BN seluruh negara juga bukan perkara enteng hendak diandai (taken for granted)begitu saja. BN perlu meletak calon untuk memberi pilihan kepada rakyat memangkah calon yang mereka rasa layak mewakili mereka. Sebagai sebuah parti besar yang memerentah Malaysia BN akan terima tekanan dan serangan lebih besar jika tidak meletak calon. BN perlu memberi tentangan yang hebat kepada calon PKR. Tidak ada, se ingatan saya, sejarah, baik didalam maupun di luar negara, parti pemerentah tidak meletak calon dalam pilihan raya kecil. Orang putih kata, giving a ‘walkover before a fight is a crying shame’. Ini lah sebenarnya kehendak parti pembangkang. Pembangkang memang bersorak jika menang tanpa bertanding dan akan menjadi modal besar kempen dimana mana. BN perlu letak calon tanpa alasan. Maruah BN lebih terbela jika kalah bertanding daripada menang pembangkang tanpa bertanding. Strategi yang baik dan semangat yang tinggi akan memungkinkan apa saja. Jika semua penyokong berkata, BN perlu menang, disitu sudah terterap 50% semangat untuk berjuang. Peluang untuk menang tetap ada kerana sejarah PRU 2004 BN pernah menang dengan majoriti 1800.
Perletakan jawatan Mohd Firdaus bukanlah dirancang pembangkang, bukan juga untuk mecetus gelombang sokongan seperti pendapat sesetengah pihak, tetapi wakil rakyat PKR sebahagian besar bukan ahli politik matang atau orang politik tulen. Mereka adalah calon , di tangkap muat yang latar belakang mereka pun tersoal. Orang putih kata a group of renegade yang ‘anti establishment’, yang di pilih rakyat semasa gelombang anti BN memuncak. Ramai juga antara mereka adalah ’political have- beens’ yang kecewa. Tentunya kualiti cara berpolitik rendah. Sekarang segalanya tidak seteruk dulu lagi. Gelombang mula reda. Tidak hairanlah mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi menambah beban dan menyusahkan rakyat. Orang melayu mula kembali menyokong BN. Di Bukit Gantang sokongan orang melayu meningkat.
Dalam kes Penanti rakyat akan mula menilai mereka. Penanti akan menjadi medan yang menarik untuk menilai pembangkang. Undi BN pasti meningkat.
Posted by hanafimamat
Posted by hanafimamat