Unity Government-Kerajaan Perpaduan-Realiti dan Perasaan

June 23, 2009

Realitinya Melayu berpecah dan lemah. Dengan sendirinya pembelaan terhadap umat Islam turut lemah dan tersoal. Perasaan pemimpin saperti Haji Hadi dan Nasharudin di pengaruhi realiti ini. Begitu juga dengan pemimpin tertinggi UMNO DS Najib dan TS muhyiddin. Orang Melayu lebih tinggi harapan untuk melihat gagasan pemikiran ini perlahan lahan menghampiri kenyataan. Pemimpin PAS Kelantan berada dilanskap politik yang berbeda dengan rakan rakan mereka di negeri negeri lain.Mereka telah menikmati kuasa dan kedudukan hampir 20 tahun walaupun tidak menyumbang kepada pembangunan rakyat. Maka keangkuhan menebal, kesombongan meningkat dan rasa kurang hormat kepada pendapat orang lain turut terselah. Ini terbukti melalui kenyataan keras dan bongkak pemimpin dan didalam ucapan di ceramah ceramah dimana kandungannya mencerca peribadi orang lain. Kepentingan peribadi serta kebimbangan terpaksa berkongsi kuasa, telah memaksa penolakan satu gagasan yang baik untuk orang melayu. Alasan alasan mudah dicipta untuk menggagalkannya.  
Sebaliknya pemimpin Pas di negeri negeri lain lebih teliti dan analytical serta bersifat socio-religio realist. Mereka faham ancaman terhadap bangsa melayu dan agama islam. Gagasan pemikiran yang boleh membentuk perpaduan antara umat islam dijadikan idea yang tiba tiba terjelma untuk pertimbangan orang melayu. Ianya murni untuk diperjuangkan kerana mereka adalah pejuang politik islam yang belum kecapi nikmat kuasa berbanding rakan rakan mereka di Kelantan. Kesan perpecahan orang orang melayu di negeri negeri lain tidak sama dengan kesan pepecahan orang melayu di negeri Kelantan. kita mesti berupaya melihat perbezaan. Belajarlah dari Pulau Pinang dan Perak. Di negeri negeri tersebut orang Melayu hanya tumpang kuasa kerana sudah tidak berkuasa. Orang bukan melayu cepat belajar dan cepat faham erti kesatuan undi lalu mereka berpakat menjadi kingmaker untuk menentukan siapa yang hendak diberi kuasa. Perlahan lahan melalui perpaduan politik, bangsa mereka sendiri akan menjadi ‘outright king’ kerana kumpulan melayu islam menjadikan mereka barang rebutan. Berlumba lumba untuk memikat mereka melalui pelbagai konsesi politik dari dua kumpulan melayu yang perlukan sokongan mereka. Untungnya mereka. 

Hadi dan Nasharudin sebagai pasangan pemimpin Pas yang berpandangan realist dan di lihat ikhlas, diserang hebat oleh Nik Aziz. Nik Aziz adalah pemimpin kultis dari angkatan jenerasi terpisah yang idea dan aplikasi politiknya sudah tidak releven dan naive. Yang tinggal hanya unsur rasa hormat sebagai elder leader.

 Namun sebagai manusia biasa Hadi – Nasharudin tentu menerima tekanan emosi yang kuat akibat serangan itu. Mereka berdua terpaksa ‘tone- down’ dan ‘mellow- down’ pandangan itu untuk menari ikut rentak atau ‘dance to the gallery’. Kita tidak terkejut apabila Hadi membuat kenyataan pusingan u kerana kita tahu perangai orang politik pas yang selalu berdolak dalik apabila berdepan dengan isu yang boleh menjejaskan kedudukan peribadi sendiri. Hadi terpaksa menari ikut rentak tetapi Nasharudin terus berhenti menari dan berdiam diri untuk selamatkan diri.  

Tetapi seperti orang yang pernah jatuh cinta, walaupun terhalang oleh keluarga, perasaan cinta tetap kekal walaupun tidak membara. Saya harap perasaan cintakan perpaduan yang ada dalam hati Hadi-Nasharudin terus kekal dan kelak membara semula walaupun terhalang seketika. Orang putih kata ‘time will heal’ (masa akan sembuhkan). 70 peratus orang melayu di negara ini akan menyokong apajua bentuk gagasan penyatuan.