Realitinya Melayu berpecah dan lemah. Dengan sendirinya pembelaan terhadap umat Islam turut lemah dan tersoal. Perasaan pemimpin saperti Haji Hadi dan Nasharudin di pengaruhi realiti ini. Begitu juga dengan pemimpin tertinggi UMNO DS Najib dan TS muhyiddin. Orang Melayu lebih tinggi harapan untuk melihat gagasan pemikiran ini perlahan lahan menghampiri kenyataan. Pemimpin PAS Kelantan berada dilanskap politik yang berbeda dengan rakan rakan mereka di negeri negeri lain.Mereka telah menikmati kuasa dan kedudukan hampir 20 tahun walaupun tidak menyumbang kepada pembangunan rakyat. Maka keangkuhan menebal, kesombongan meningkat dan rasa kurang hormat kepada pendapat orang lain turut terselah. Ini terbukti melalui kenyataan keras dan bongkak pemimpin dan didalam ucapan di ceramah ceramah dimana kandungannya mencerca peribadi orang lain. Kepentingan peribadi serta kebimbangan terpaksa berkongsi kuasa, telah memaksa penolakan satu gagasan yang baik untuk orang melayu. Alasan alasan mudah dicipta untuk menggagalkannya.
Sebaliknya pemimpin Pas di negeri negeri lain lebih teliti dan analytical serta bersifat socio-religio realist. Mereka faham ancaman terhadap bangsa melayu dan agama islam. Gagasan pemikiran yang boleh membentuk perpaduan antara umat islam dijadikan idea yang tiba tiba terjelma untuk pertimbangan orang melayu. Ianya murni untuk diperjuangkan kerana mereka adalah pejuang politik islam yang belum kecapi nikmat kuasa berbanding rakan rakan mereka di Kelantan. Kesan perpecahan orang orang melayu di negeri negeri lain tidak sama dengan kesan pepecahan orang melayu di negeri Kelantan. kita mesti berupaya melihat perbezaan. Belajarlah dari Pulau Pinang dan Perak. Di negeri negeri tersebut orang Melayu hanya tumpang kuasa kerana sudah tidak berkuasa. Orang bukan melayu cepat belajar dan cepat faham erti kesatuan undi lalu mereka berpakat menjadi kingmaker untuk menentukan siapa yang hendak diberi kuasa. Perlahan lahan melalui perpaduan politik, bangsa mereka sendiri akan menjadi ‘outright king’ kerana kumpulan melayu islam menjadikan mereka barang rebutan. Berlumba lumba untuk memikat mereka melalui pelbagai konsesi politik dari dua kumpulan melayu yang perlukan sokongan mereka. Untungnya mereka.
Hadi dan Nasharudin sebagai pasangan pemimpin Pas yang berpandangan realist dan di lihat ikhlas, diserang hebat oleh Nik Aziz. Nik Aziz adalah pemimpin kultis dari angkatan jenerasi terpisah yang idea dan aplikasi politiknya sudah tidak releven dan naive. Yang tinggal hanya unsur rasa hormat sebagai elder leader.
Namun sebagai manusia biasa Hadi – Nasharudin tentu menerima tekanan emosi yang kuat akibat serangan itu. Mereka berdua terpaksa ‘tone- down’ dan ‘mellow- down’ pandangan itu untuk menari ikut rentak atau ‘dance to the gallery’. Kita tidak terkejut apabila Hadi membuat kenyataan pusingan u kerana kita tahu perangai orang politik pas yang selalu berdolak dalik apabila berdepan dengan isu yang boleh menjejaskan kedudukan peribadi sendiri. Hadi terpaksa menari ikut rentak tetapi Nasharudin terus berhenti menari dan berdiam diri untuk selamatkan diri.
Tetapi seperti orang yang pernah jatuh cinta, walaupun terhalang oleh keluarga, perasaan cinta tetap kekal walaupun tidak membara. Saya harap perasaan cintakan perpaduan yang ada dalam hati Hadi-Nasharudin terus kekal dan kelak membara semula walaupun terhalang seketika. Orang putih kata ‘time will heal’ (masa akan sembuhkan). 70 peratus orang melayu di negara ini akan menyokong apajua bentuk gagasan penyatuan.
August 3, 2009 at 6:43 am |
baguzz artikel adil
August 4, 2009 at 3:47 pm |
terima kasih sdra samat. samat orang mane? i mean dok di mane.
August 3, 2009 at 6:50 am |
memang pun pas ni dah jadi sombong,riak takabbur. orang bagipeluang perentah kelantan,bukan nak rancang majukan orang melayu, tapi masih dok hentam macam macam.tolak perpaduan.cakap merapu. makin karut la dia orang.
August 4, 2009 at 3:45 pm |
pendapat ali balance and fair. tkasih
August 9, 2009 at 9:30 am |
Saya berasa amat terpanggil untuk memberi sedikit pandangan setelah membaca tulisan dato’ dalam mengutarakan soal kerajaan perpaduan. Malah, saya melihat pandangan dato’ yang bernada sederhana tetapi bersifat analisis yang mendalam “in depth analysis” amat diperlukan sebagai penawar “remedy” buat pengubat luka situasi perpecahan umat melayu pada ketika ini. Pada hemat saya, sebarang usaha untuk membentuk kerjasama antara dua pihak (umno dan pas) yang pada suatu ketika dahulu ‘rakan minum semeja’ merupakan satu usaha murni yang amat diperlukan dalam keadaan orang melayu tersepit di antara persoalan menjaga ‘hati’ suatu pihak lain dan pada masa yang sama mempertahankan ‘hak milik’ datuk moyang itu sendiri. Saya suka memetik kata-kata dato’ tentang kedudukan orang melayu di 2 buah negeri di sebelah utara semenanjung, yang mana dato’ menyebut, “Belajarlah dari Pulau Pinang dan Perak. Di negeri negeri tersebut orang Melayu hanya tumpang kuasa kerana sudah tidak berkuasa.” Sewajarnya orang melayu perlu sedar betapa tanpa perpaduan yang utuh maka sudah pasti suatu ketika nanti kita bakal melihat betapa orang melayu kita hanya mampu berputih mata melihat orang lain memperkotak-katikkan keadaan. Malah lebih malang dek kerana mahukan kuasa segala hak yang dipertahankan selama ini tergadai begitu mudah. Maka, sudah tiba masanya orang melayu terutamanya dari kalangan pimpinan PAS perlu bersikap lebih terbuka dalam menilai keikhlasan UMNO yang sentiasa menghulurkan salam perpaduan, malah dalam hal ini sanggup memaafkan serta melupakan sengketa lama bagi merealisasikan aspirasi orang melayu yang semakin hari semakin kebimbangan. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada pandangan saya yang bisa mebuat dato’ kurang selesa. Pada kesempatan ini juga belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan sekalung tahniah buat dato’ kerana telah terpilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas yang baru. Sekiranya berkesempatan mungkin sudi kiranya dato’ meluangkan sedikit masa bagi kita bersua muka untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang pendekatan 3E yang dato’ gagaskan, yang pada hemat saya amat bertepatan dengan aspirasi seluruh masyarakat di Pasir Mas. Semoga Allah memberkati segala usaha murni dato’. Salam 1Malysia.
August 10, 2009 at 6:39 am |
Terima kasih iwanisma.memang benar apa yang saudara perkatakan itu.kedudukan melayu semakin hari semakin terancam.Apabila orang melayu dilihat lemah kerana berpecah, agama islam turut tidak dihormati. lihat yb ngeh exco perak yang beragama buddha menghina kita dengan membaca ayat suci al quran. penghinaan dan sendaan begitu kalau tidak tersentuh perasaan kita, bererti kita juga turut bersubahat menghina islam.
lihat bagaimana yb m manoharan dari selangor tidak mahu memakai songkok ketika diarah sebelum angkat sumpah sebagai ahli dewan kerana memakai songkok adalah budaya melayu.apabila beliau tidak menghormati perasaan orang melayu ertinya, beliau nyatakan melalui perlakuan dan simbolik yang melayu sudah lemah. tidak perlu lagi bimbang kepada soal ketuanan bangsa melayu.melayu tidak boleh berbuat apa apa. Speaker undangan negeri selangor yang bukan melayu mencatat sejarah menghalau ketua pembangkang melayu keluar dewan.kita perlu cepat belajar dari peristiwa peristiwa itu.