Ucapan Di Mesyuarat Agong Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas

August 16, 2009

 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu alukan kedatangan tetamu yang kita sayangi  YB Dato Seri Hishammudin tun Hussein Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri. Hari ini kita merasa bangga dan bertuah kerana yang akan merasmikan mesyuarat kita ialah seorang tokoh dan pemimpin muda yang lahir dari keluarga pejuang bangsa melayu dan islam. Ini lah cucu allahyarham Dato Onn Jaafar pengasas UMNO dan anak kepada Perdana Menteri  Malaysia ke 3 allahyarham Tun Hussein Onn.

 

Tuan tuan dan para perwakilan sekelian. Saya ingin memberi sedikit latar belakang ringkas kepada tuan tuan dan para perwakilan sekelian mengenai pemimpin kesayangan kita ini. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam  pentadbiran Negara. Pada tahun 1995 beliau mula mula di beri kepercayaan oleh Tun Dr Mahathir menjawat jawatan setiausaha parlimen kementerian  perdagangan antarabangsa, kemudian dinaikan pangkat ke jawatan Timbalan Menteri di kementerian perusahan utama, kemudian pada tahun 1999 sekali lagi dinaikan pangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

 

Pada tahun 2004 beliau telah diberi kepercayaan oleh Tun Abdullah ahmad badawi, perdana menteri Malaysia ke 5 sebagai menteri pelajaran. Dan pada bulan april tahun ini YAB Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri ke 6 telah memberi kepercayaan kepada YB Dato Seri Hishammudin untuk memegang jawatan sebagai menteri hal ehwal dalam negeri, satu kementerian yang amat penting untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

 Ini bererti beliau telah mendapat kepercayaan dari 3 perdana menteri.   Pengalaman – pengalaman yang di lalui,  akan menjadikan beliau seorang pemimipin yang diyakini dan di hormati rakyat. Umno bahagian pasir mas turut yakin dan berbanggga di atas perlantikan tersebut. Kita doakan agar bintang YB Dato S eri  akan terus bersinar bergemerlapan dimasa masa akan datang.

 

YB Dato Seri Naib Presiden,  Dif dif dan para perwakilan sekelian, saya ingin memaklumkan sedikit maklumat mengenai UMNO bahagian Pasir mas. Usia jawatankuasa  ini baru saja mencecah lebih kurang 9 bulan selepas pemilihan pada bulan November tahun lepas. Sebelum ini UMNO bahagian dipimpin oleh pemimpin yang kita hormati,YBhg Dato Hj Ab Rahim Ab Rahman. Beliau telah banyak mencurah bakti dan tenaga kepada umno dan rakyat  pasir mas. UMNO  bahagian Pasir Mas ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.

 

Dalam tempoh 9 bulan tersebut kita telah berusaha memantap dan memperkemaskan pentadbiran parti.Program- program mesra rakyat terus dilaksanakan termasuk oleh ketiga sayap, wanita, pemuda dan putri.

 

YB Dato Seri  dalam parlimen pasir mas terdapat 3 DUN iaitu Pengkalan Pasir, Tendong dan Cetok. Jumlah cawangan ialah 178, manakala jumlah ahlinya pula ialah lebih kurang 18000 orang. Juga saya rasa bangga untuk memaklumkan kepada YB Dato Seri  Naib Presiden, bahawa jawatankuasa keempat empat peringkat  bahagian,pemuda, wanita dan puteri telah memberi kerjasama dan sokongan yang padu kepada saya sebagai ketua bahagian. Apabila terdapat masalah tertentu kita dapat segera selesaikan dan masalah itu tidak berlarutan Justru perpaduan di antara kita amat lah baik, dan izinkan saya memberi ucapan terima kasih kepada mereka semua. Mereka terdiri dari individu yang mempunyai nilai juang yang sangat tinggi dan berjiiwa murni dengan mendahului kepentingan parti dari segala galanya. Saya berbangga dengan mereka. Kegunung sama di daki ke lurah sama di turuni.

 

YB Dato Seri Naib Presiden, kami juga mohon YB Dato S eri sampaikan salam bangga, umno bahagian pasir mas  kepada YAB datuk seri Mohd Najib presiden kita ,di atas kepimpinan cemerlang beliau dengan gagasan pemikiran baru 1malaysia yang menerabas (traversing) halatuju baru rakyat Malaysia..

 

Dua hari lalu, Merdeka Centre sebuah badan penyelidik sosial , ekonomi dan politik telah mengumumkan satu kajian bahawa, peratus penerimaan (approval rating) rakyat Malaysia terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri meningkat dari 45 % kepada 65%  selepas 100 hari menjadi Perdana Menteri.

 

Ini bermakna dasar dan gagasan yang di bawa oleh Perdana Menteri kita, mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia. Kita sebagai ahli UMNO mesti dan wajib pertahankan sokongan ini, dengan terus berusaha mendampingi dan mendengar suara hati dan denyutan nadi rakyat.   

 

YB dato seri, dengan memerhati dan menilai perkembangan politik negara  sehari dua ini, kita terasa amat bimbang. Ada orang  yang sudah tidak lagi menghormati agama kita. Mempersenda ayat suci al quraan dan menghina agama islam. Menghina dan mencerca rara raja melayu, tidak menghormati adat dan budaya melayu.

 

Ianya amat bahaya sekali. Kita  takut dan bimbang jika ianya tidak terbendung hati dan perasaan orang melayu akan membara dan terbakar yang akhirnya meruntuh cita cita membina Negara bangsa.

 

Oleh itu Kita mohon YB dato seri selaku menteri dalam negeri membuat penelitian dan jika didapati ianya jelas melanggar undang undang dan perlembagaan negara , YB di minta bertindak dan menangkap mereka.

 

YB dato seri, untuk makluman dato seri,  umno bahagian pasir mas dalam mesyurat pada hari ini akan mengemukan 2 usul penting.

 

Iaitu pertama, usul menyokong kenyataan YAB Timblan presiden umno TS Muhyiddin Yassin yang menyatakan Anwar Ibrahim adalah pengkhianat perjuangan bangsa melayu. Usul kedua iaitu usul agama yang berbunyi …….

 

YB Dato Seri pada hari ini juga kita tidak lupa untuk mengenang jasa  jasa ahli ahli veteran umno yang telah banyak berkorban untuk umno. Mereka hadir untuk bersua muka dan melihat wajah  YB DS naib presiden yang muda lagi handsome. Sebentar lagi mereka akan menerima sedikit cenderahati yang akan disampaikan oleh DS sebagai tanda ingatan.

 

Akhir sekali saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan      terima kasih yang tidak terhingga kepada YB DS hishammudin dan rombongan serta wakil wakil parti komponen dan   dif – dif jemputan. Juga kepada timbalan dan naib saya, che johan dan en aziz serta jawatankuasa 4 peringkat, dan urusetia umno pasir mas di bawah en mohd nor Abdullah yang telah mengurus majlis ini dengan baik . Dan juga tak lupa kepada rombongan umno bahagian tumpat yang mewakili badan perhubungan umno negeri kelantan .

 

Kalau ada sumur diladang

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang ,

Dato Seri Hisham sila lah datang lagi.

 

Sekian. Wabillah hitaufik wallhidayah wassallam mualaikum wb.