Pada jam 330 petang 13hb Oktober 2009 di dewan merdeka, ahli ahli biro politik bahagian bahagian seluruh negara di jemput hadir untuk mendengar taklimat presiden. Ianya satu tradisis dimana presiden akan menyampaikan ucapan dan taklimat secara tertutup sebagai prelude kepada perhimpunana agong. Tujuannya beliau akan memaklumkan sesuatu khusus untuk pemimpin mengetahui sahaja. Arahan awal kali ini ialah ketua ketua bahagian yang hadir hendaklah memakai baju putih 1 malaysia yang dipakai semasa menghadiri kursus kepimpinan perdana pada 1hb oktober 2009 di janda baik. Rupa rupanya ada signifikan pada pemakaian baju tersebut. Beliau melakar kembali peristiwa,janji, ingatan, keputusan,piagam dan rumusan kursus jandabaik yang akan menjadi laluan terabas perjuangan umno. Berubah dan berubah secara holistik. Rakyat mahu kita berubah maka kita perlu berubah untuk rakyat.
pilihanraya kecil bagan pinang
October 4, 2009Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad adalah calon pilihan rakyat mengikut kata TanSri Muhyiddin Yasin. Apabila saya tiba di Peti undi Si Rusa jam 4 petang pada 2hb September 2009, bendera dan sepanduk parti yang bertanding sudah pun dinaikkan walaupun tidak kelihatan hebat, lebat atau padat. Ini ialah keadaan biasa dimana penamaan calon baru saja bermula dan kempen baru masuk fasa permulaan. Calon BN ialah bekas Menteri Besar yang semua orang disitu kenal dan ingat khidmat beliau kepada rakyat. Pengenalan diri tidak menjadi sukar lagi, cuma turun dan menemui pengundi sebagai tanda hormat dan meminta sokongan dalam pilihanraya penting ini. Yang perlu ialah rakyat diberi kefahaman mengenai kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk memilih wakil yang boleh membantu dan berkhidmat kepada mereka dengan berkesan. Sentimen dan emosi perlu di ketepikan dan utamakan memilih wakil rakyat yang senang ditemui dan mudah memberi bantuan. Isa Samad ialah orang yang sesuai dan tepat untuk di pilih sebagai wakil DUN itu. Pengalaman yang luas dan lama adalah dua perkara yang penting. BN sudah pun memerentah Negeri Sembilan dengan membangun negeri itu ketahap yang amat baik. Kemenangan BN di DUN adalah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal dan agama serta perkhidmatan yang efektif. Lebih penting adalah untuk rakyat menyatakan sokongan kepada parti yang mejunjung kepentingan islam dan bangsa melayu sejak 63 tahun. Ini adalah sesuatu yang orang Melayu tidak boleh menidakkannya. Ancaman terhadap agama Islam dan bangsa Melayu amat ketara sekali. Dan UMNO sajalah parti Melayu yang akan mempertahan dan berjuang menentang ancaman itu.
Posted by hanafimamat
Posted by hanafimamat