pilihanraya kecil bagan pinang

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad adalah calon pilihan rakyat mengikut kata TanSri Muhyiddin Yasin. Apabila saya tiba di Peti undi Si Rusa jam 4 petang pada 2hb September 2009, bendera dan sepanduk parti yang bertanding sudah pun dinaikkan walaupun tidak kelihatan hebat, lebat atau padat. Ini ialah keadaan biasa dimana penamaan calon baru saja bermula dan kempen baru masuk fasa permulaan. Calon BN ialah bekas Menteri Besar yang semua orang disitu kenal dan ingat khidmat beliau kepada rakyat. Pengenalan diri tidak menjadi sukar lagi, cuma turun dan menemui pengundi sebagai tanda hormat dan meminta sokongan dalam pilihanraya penting ini. Yang perlu ialah rakyat diberi kefahaman mengenai kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk memilih wakil yang boleh membantu dan berkhidmat kepada mereka dengan berkesan. Sentimen dan emosi perlu di ketepikan dan utamakan memilih wakil rakyat yang senang ditemui dan mudah memberi bantuan. Isa Samad ialah orang yang sesuai dan tepat untuk di pilih sebagai wakil DUN itu. Pengalaman yang luas dan lama adalah dua perkara yang penting. BN sudah pun memerentah Negeri Sembilan dengan membangun negeri itu ketahap yang amat baik. Kemenangan BN di DUN adalah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal dan agama serta perkhidmatan yang efektif. Lebih penting adalah untuk rakyat menyatakan sokongan kepada parti yang mejunjung kepentingan islam dan bangsa melayu sejak 63 tahun. Ini adalah sesuatu yang orang Melayu tidak boleh menidakkannya. Ancaman terhadap agama Islam dan bangsa Melayu amat ketara sekali. Dan UMNO sajalah parti Melayu yang akan mempertahan dan berjuang menentang ancaman itu.

Leave a Reply