Pada jam 330 petang 13hb Oktober 2009 di dewan merdeka, ahli ahli biro politik bahagian bahagian seluruh negara di jemput hadir untuk mendengar taklimat presiden. Ianya satu tradisis dimana presiden akan menyampaikan ucapan dan taklimat secara tertutup sebagai prelude kepada perhimpunana agong. Tujuannya beliau akan memaklumkan sesuatu khusus untuk pemimpin mengetahui sahaja. Arahan awal kali ini ialah ketua ketua bahagian yang hadir hendaklah memakai baju putih 1 malaysia yang dipakai semasa menghadiri kursus kepimpinan perdana pada 1hb oktober 2009 di janda baik. Rupa rupanya ada signifikan pada pemakaian baju tersebut. Beliau melakar kembali peristiwa,janji, ingatan, keputusan,piagam dan rumusan kursus jandabaik yang akan menjadi laluan terabas perjuangan umno. Berubah dan berubah secara holistik. Rakyat mahu kita berubah maka kita perlu berubah untuk rakyat.