Saya katakan Nik Aziz sedang tertekan kuat memikirkan diantara masalah tuduhan rasuah nyata (outright corrupt practice) dari perspektif undang undang, melibatkan dirinya dan masalah kronisma yang ‘blatant’ kerana melantik menantunya CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pemerhati berpendapat beliau sedang memikir untuk meletak jawatan tetapi telah dimaklumkan oleh penasihat akan kemungkinan berlaku perebutan kuasa secara senyap atau terbuka jika berbuat demikian pada waktu ini. Husam protege terhampir, dapat menghidu, walaupun Nik Aziz melihat beliau sebagai pengganti, akan menghadapi tentangan dikalangan pemimpin ‘second echelon’ dalam pas Kelantan. Lalu beliau ‘circumvent’ dengan kenyataan politik, ‘count me out’, sebagai pengganti MB Kelantan.
Nik Aziz cuba mengalih pandangan rakyat supaya tidak menumpukan kepada masalah yang beliau hadapi dengan ’doa terbuka’ supaya Perdana Menteri Malaysia dilaknati jika tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan. Tetapi rakyat kini bukan lagi menelan sentimen emosi yang dibawa oleh fikiran ‘undulating’. Agama Islam yang suci bukan untuk persendaan dan allah swt maha mengetahui sifat dan sikap manusia. Nik Aziz bukan lagi pemimpin ‘Islamic crusader’ tetapi terbelit diantara realiti kehidupan poltik dengan tuntutan agama. Kecelaruan ini akan berlarutan sehingga dia berundur.
Saya berpendapat dalam hal ini DS Najib sangat bijak bila tidak meminta Nik Aziz mohon maaf kerana doa malang itu. Dia lebih faham ‘repercussion’, dengan respon yang bijaksana. Pemimpin seperti DS Najib telah meletak dirinya sebagai pemimpin semulajadi (natural leader) dengan tidak memberi banyak tumpuan kepada perkara yang majoriti orang Islam tidak bersetuju. Syabas DS Najib.
ani setuju dengan abe pi. nik aziz MESTI letak jawate. kita malu la. dulu ani sokong dia. loni xsay dah.abe pi tahu keluarga ani sume sokong pas tapi pade doh toksay…do oh lalu
v good kita perlu level headed. jangan emosional,temperamental dan terlalu taksub kepada seseorang yang bukan maksum.nik aziz adalah manusia biasa dan wakil rakyat biasa sebelum jadi MB. Kehebatannya adalah kerana jawatannya yang kita semua beri degan restu Allah swt. gudday ani.
bijak ani..hidup animastura