Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2010

Malam tadi saya ke masjid Kg Gelang Mas Dun Tendong. Sembahyang isya bersama sama penduduk kampong gelang mas. Turut bersama dengan saya ialah AJK UMNO bahagian Zulkifli Arifin, Abdullah Sulaiman, Kppm Zakaria Ab Rahman serta ppm nasir dan ppm razali. Juga bersama sama saya ialah en zaid Pegawai MARA. Selepas itu saya ke rumah saudara razali kerana meraikan majlis naik rumah pbr baru. Beliau buat sedikit jamuan laksa untuk orang kampong. saya menunaikan solat hajat bersama orang kampong dan uztaz  Noh mengimamkan solat tersebut. lebih kurang 50 orang hadir.

Lepas itu saya berucap sekejap sebelum jamuan. Mereka gembira mendapat gambaran politik negara dan bagaimana Dato Seri Najib memulakan pendekatan baru dengan sentuhan rakyat melalui walkabout hinggalah ke program transformasi pentabiran negara dan gagasan model ekonomi baru. walaupun mereka kurang faham saya jelaskan dengan bahasa mudah.

Paling penting Dato Seri Najib dalam ingatannya dia tidak lupa kepada bangsa melayu yang 70 peratus tinggal di luar bandar. Bangsa melayu tetap dibela dalam gagasan falsafah 1Malaysia. Tumpuan pembangunan luar bandar tidak pernah perlahan.

Dalam ucapan, Saya kata “Dato Najib ni supo dengan peranga Tun Razak. bila dia gi kapong, gertak batang kayu boleh bertuka jadi jambatan besar. Madrasah kayu, boleh bertukar jadi masjid batu. ni dia sebenar pemimpin.”

Read Full Post »

bersama rakyat

sembang dengan rakyat. dengar luahan rakyat. kita cuba selesai masalah rakyat. sokong tak apa tak sokong tak apa.

Read Full Post »

juara rakyat

apa yang rakyat mau kita beri. sokong tak sokong tak kisah

Read Full Post »

juara rakyat

rakyat, kecik besar, tua muda, sama sama gembira

Read Full Post »

juara rakyat 4

pemberian dan sumbangan berterusan tanpa mengharap balasan adalah juga satu kepuasan                         penyampaian zakat peribadi.

Read Full Post »

juara rakyat 3

bertemu dengan rakyat dan mendengar masalah mereka adalah menjadi perkara rutin. walaupun tidak mendapat apa ganjaran tetapi ianya satu kepuasan.

Read Full Post »

juara rakyat 2

 sumbangan kambing boer kepada rakyat miskin

Read Full Post »

juara rakyat

lembu baka india bermutu tinggi untuk golongan miskin. setiap orang dapat 6 ekor termasuk satu jantan. saya gembira dapat sampaikan dan mereka tentu gembira menerima. soal bersyukur penting walaupun pun belum tentu mereka menyokong usaha kita. tetapi mereka pun sedar bahawa bersyukur dengan nikmat allah adalah wajib. saya rasa mereka juga berterima kasih kepada orang yang menyampai. BN sebenarnya ikhlas……..

Read Full Post »

juara rakat

Read Full Post »

Ucapan Dato’ Hj Hanafi Mamat, Presiden Persatuan Jurukur Tanah Malaysia (PEJUTA) di Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Pejuta Kali Ke 31 di Dewan Prima LJT Wisma LJT Taman Melawati Kuala Lumpur pada 22hb March 2010

Bismillahirahmanirrahim

Assallamualaikum wb, salam sejahtera dan selamat pagi.

Yang dihormati saudara pengerusi  Majlis,

YBhg Prof Dato Dr Kadir Taib, Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) merangkap Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pegawai pegawai kanan Jupem, ahli ahli Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, sauadara Azmi Zain, Naib presiden Pejuta, ahli ahli  exco, ahli ahli pejuta sekelian, tuan tuan dan puan puan.

Alhamdullilah sekali lagi kita dapat bertemu pada pagi ini untuk menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agong Pejuta kali ke 31. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Prof Dato Dr Kadir Taib kerana walaupun dalam keadaan yang sibuk beliau dapat datang bertemu kita untuk  berucap dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agong Pejuta kali yang 31. Saya juga ingin mengalukan alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan pada hari ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir bagi melaksanakan tanggungjawap kita sebagai ahli ahli Pejuta. Saya tahu tuan tuan dan puan puan juga bukan lah orang orang yang mempunyai banyak masa walaupun mempunyai banyak wang.

Tuan tuan dan puan puan

Dalam tempuh setahun ini terdapat beberapa detik  yang agak bersejarah bagi  ahli Pejuta sekelian. Pertamanya kita mendapat seorang Pengerusi lembaga yang baru dan pada hari ini buat kali pertama merasmikan mesyuarat  kita , kedua kita bermesyuarat di dewan dalam bangunan baru yang menjadi kebanggaan kita. Ditahun tahun sebelumnya  kita adakan mesyuarat agong di hotel hotel. Kita juga selepas mesyuarat ini akan mendapat seorang Presiden baru bagi merajui dan memimpin Pejuta untuk tempuh 2 tahun yang akan datang. Tahun ini juga menjelang bulan Mei 2010, akan bermula kaedah baru bagi menjalankan kerja ukur melalui persekitaran e-kadastre. Dan tuan tuan jangan lupa kita juga belum pun setahun mempunyai  Perdana Menteri  baru iaitu YAB Dato Sri Najib Tun Ab Razak yang merupakan Perdana Menteri ke 6. Dan tahun ini juga akan berakhirnya rancangan Malaysia ke 9.

Tahun ini Lembaga Jurukur Tanah telah berusia 52 dan Pejuta menjangkau usia 32 tahun. Saya rasa bangga dan bersyukur kerana dalam tempuh tersebut profession jurukur  telah  berkembang dan meningkat bukan sahaja dari segi  jumlah ahlinya, tetapi juga  peningkatan keupayaan professionalismanya . Jumlah jurukur berdaftar sekarang meningkat kepada 408 orang. Satu angka yang tidak signifikan berbanding dengan profesion lain di negara ini, tetapi kita telah mendapat pengiktarafan masyarakat dan kerajaan kerana telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dan pembangunan Negara.  

Keyakinan masyarakat dan kerajaan  terbukti melalui pemberian kerja kerja outsourcing yang dipertanggungjawapkan kepada jurukur tanah berlesen secara berterusan melalui pelbagai agensi termasuklah JUPEM. Yang terbaru ialah kerja kerja CCI yang yang diperolehi melalui kerajasama JUPEM. Oleh yang demikian saya amat berharap kita akan sentiasa melakukan perkhidmatan terbaik disamping menjaga integriti profession yang dianggap antara profession yang tertua dinegara ini.    

Peranan LJT dan Jupem dalam membantu jurukur berlesen sangatlah dihargai. Hubungan  tripartite atau 3 hala LJT-JUPEM-PEJUTA yang terjalin ini perlu di sokong dan diteruskan.  Saya yakin ahli ahli Pejuta turut menghargai hubungan ini. Kita telah dapat menikmati pelbagai kemudahan dari aspek teknikal dan teknologi serta juga dalam hal hal berkaitan kebajikan.

Antara program dan sumbangan itu, ialah  Continuing Professional Development (dalam dan luar negera), LJTnet, bantuan kursus kursus persediaan e-kadastre , kredit mikro dan penubuhan yayasan jurukur tanah berlesen.

Sehubungan itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada LJT dan JUPEM khusus kepada YBhg Prof Dato Dr Kadir Taib Pengerusi LJT dan juga kepada mantan Pengerusi LJT YBhg Datuk Hamid Ali. Datuk Hamid kini adalah ahli baru kita dan turut hadir pada hari ini.

Tetapi hasrat yang murni tidak selalunya mencapai matlamat yang murni. Telah sampai kepengetahuan saya, ada sebilangan kecil ahli gagal melunaskan pinjaman kredit mikro. Gejala ini akan menjejaskan peluang orang lain menerima bantuan itu. Walaupun ianya bukanlah ditahap yang serious sebagai Presiden yang ‘outgoing ‘saya mohon kepada ahli yang masih belum menyelesaikannya supaya berikhtiar dengan segera untuk mengelakkan tindakan yang kita semua tidak senangi. Saya yakin disiplin yang tinggi yang terterap dalam diri seorang juruukur bertauliah boleh menyelesaikan masalah yang kecil ini.

Untuk makluman YBhg Dato’ masalah salahlaku dan disiplin dikalangan ahli adalah rendah. Tahun lepas tidak ada tindakan disiplin yang kenakan kepada ahli kita oleh LJT. Kecuali ada dua kes berkaitan etika yang telah pun disiasat dan telah diselesaikan. Hubungan diantara ahli ahli juga penting dan sentiasa dipupuk untuk mewujukan semangat ‘esprit d corp’ bagi menjalin hubungan sosial dan jaringan kerja yang baik.

Didalam dunia yang terkawal dengan kemajuan teknologi tinggi, kehidupan seharian makin menuntut telusan. Tuntutan untuk bersikap jujur dengan meletakan standard integriti yang tinggi telah menjadi sesuatu yang tidak dapat di elakan. Tidak ada orang akan terlepas dari tindakan jika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai profesionalisma atau kehendak masyarakat dan negara. Sebagai seorang professional yang menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan Negara kita sentiasa di perhati dan dinilai. Oleh yang demikian perkhidmatan kita mesti bertaraf tinggi dan bersedia untuk lakukan inovasi dan transformasi dalam kaedah penyampaian dalam persekitaran baru. Profession jurukur akan kekal releven selagi kita melakukan pembaharuan dan penyesuaian dalam semua keadaan dan masa.

Darwin berkata ‘ sesuatu spesis akan berterusan hidup bukan kerana kekuatan, juga bukan kerana ianya genius dan bijak tetapi kerana penyesuaian dan adaptasi mengikut keadaan dan masa.’

Demikian juga dengan profession kita. Kita perlu bersedia menghadapi cabaran baru yang mencakupi teknologi baru, perubahan iklim politik baru, termasuk kesediaan meneroka medan baru luar persisir.

Ketrampilan diri juga amat penting. Kata Templar  ‘Clients like people who are like themselves.’ Bukan sahaja berpakaian kemas dan sesuai mengikut ‘world view’. Jangan menganggapnya kurang penting kerana ini adalah sebahagian dari ‘ritual’ seorang professional bagi membina imej. Peguam dan doktor perubatan mempunyai ‘branding’ yang kuat melalui pakaian mereka.

Tuan Tuan dan Puan Puan,

Menyentuh sedikit mengenai ekonomi Negara. Tanda tanda menunjukan negara akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi 5 peratus pada petengahan tahun. Dan dalam satu taklimat yangt diberikan oleh Tan Sri Nor Md Yaakop Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru baru ini beliau memaklumkan kemungkinan  Pengumunan RMK 10 yg akan bermula pada 2011 akan diumum terlebih awal bagi membolehkan projek projek dilaksanakan lebih awal. Saya berpendapat peluang dan harapan jurukur berlesen dijangka baik ditahun tahun akan datang. Rebutlah peluang ini untuk menyumbang dan berbakti kepada negara.

Kerajaan kita di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Najib Tun Razak sedang melaksanakan pembaharuan dan transformasi pentadbiran dengan dasar dasar inovatif bakal menggalakan pertumbuhan ekonomi. Kita semestinya yakin  dengan keupayaan beliau memulihkan dan mentransformasi ekonomi. Ianya akan memberi harapan baru kepada rakyat.

Tuan Tuan dan Puan Puan,

 Tahun ini genap lah 15 tahun perkhidmatan saya dalam jawatan kuasa kerja Pejuta atau exco termasuk 4 tahun sebagai Presiden.  Pada tahun 1995 saya dilantik sebagai exco kemudian menjadi setiausaha agong, naib presiden dan kemudian sebagai Presiden pada tahun 2004. Dan tempuh perkhidmatan saya sebagai Presiden akan tamat hari ini. Sepanjang tempuh itu alhamdullilah saya bersyukur saya telah dapat menyumbang dan  mencurah bakti kepada Pejuta sedaya upaya dan sebaik mungkin. Dalam tempuh tersebut kita dapat lalui pengalaman suka duka, pahit maung, detik sukar dan senang. Dan dengan ikhlas saya nyatakan disini bahawa saya sangat bangga memimpin tuan tuan ahli ahli pejuta sekelian. Tidak keterlaluan  kalau saya katakan tuan tuan adalah jutawan atau bakal jutawan dan dengan itu bukanlah satu perkara mudah memimpin golongan saperti ini. 

Dalam tempuih 15 tahun bersama barisan exco, kita telah banyak mencapai kejayaan dan melakukan pelbagai sumbangan. Diantara sumbangan sumbangan itu termasuklah,

  • Berjuang dan berjaya mendapat kadar fee kadastre pada tahun 1997 dan kemudian kadar fee kejuruteraan
  • Mendapat peruntukan CPD berterusan dan juga berjaya menganjurkan program pengajian peringkat sarjana
  • Merangka pelan strategik 10 tahun pejuta 2007-2017 dan
  • Mengadakan pelbagai program teknikal yang telah memberi menafaat kepada ahli.

 

Kita berjuang tanpa mengira penat dan lelah, tetapi semata mata didorong perasaan sayangkan Pejuta.  Ada kala ada terdengar suara sinis ‘what is Pejuta doing’? Kadang kadang kita kena tanya ‘what are you doing’ for Pejuta. Tetapi itu semua adalah sebahagian dari cabaran perjalanan dalam perjuangan. Kita adalah pemimpin kepada profession yang disayangi ini. Maka yang perlu kita lakukan dengan ikhlas dan jujur ialah memimpin Pejuta kearah kecermerlangan bagi memberi menafaat kepada ahli, masyarakat dan Negara.

Tuan Tuan dan Puan Puan,

Saya ingin menyatakan ucapan terima kasih saya kepada ahli ahli exco yang telah menabur jasa dan khidmat bakti kepada Pejuta. Termasuklah exco exco terdahulu yang pernah mencurah tenaga mereka. Pemimpin pemimpin saperti Dato Paul Foo, Allahyarham Dato Ayub Saud, Allahyarham Hj Ahmad Daud, Collin Chan, Hj Nordin Sabran dan lain lain yang telah banyak berjasa kepada Pejuta.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan tuan kerana telah memberi sokongan kepada saya sepanjang saya memimpin Pejuta.

Kini tiba masa untuk pemimpin pelapis menerajui Pejuta. Saya berharap tuan tuan terutama orang orang muda supaya tampil untuk menyumbang masa dan tenaga kepada Pejuta bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan pejuta.  Kita perlu perkasakan Pejuta, kita perlu bangga dengan profession kita.

Tuan tuan dan puan puan,

Akhir kata sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Ybhg Dato Kadir, incoming presiden En Azmi Zain, exco exco pejuta serta  ahli ahli sekelian kerana sudi hadir pada mesyuarat hari ini.

Kalau tidak kelapa puan,

Tidak puan kelapa goreng,

Kalau tidak kerana tuan,

Tak mungkin saya menjadi Presiden.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wasallamualaikum wb.

Terima Kasih.

Read Full Post »