Dato’Seri Najib dan Pembaharuan UMNO

October 17, 2009

Pada jam 330 petang 13hb Oktober 2009 di dewan merdeka, ahli ahli biro politik bahagian bahagian seluruh negara di jemput hadir untuk mendengar taklimat presiden. Ianya satu tradisis dimana presiden akan menyampaikan ucapan dan taklimat secara tertutup sebagai prelude kepada perhimpunana agong. Tujuannya beliau akan memaklumkan sesuatu khusus untuk pemimpin mengetahui sahaja. Arahan awal kali ini ialah ketua ketua bahagian yang hadir hendaklah memakai baju putih 1 malaysia yang dipakai semasa menghadiri kursus kepimpinan perdana pada 1hb oktober 2009 di janda baik. Rupa rupanya ada signifikan pada pemakaian baju tersebut. Beliau melakar kembali peristiwa,janji, ingatan, keputusan,piagam dan rumusan kursus jandabaik yang akan menjadi laluan terabas perjuangan umno. Berubah dan berubah secara holistik. Rakyat mahu kita berubah maka kita perlu berubah untuk rakyat.


pilihanraya kecil bagan pinang

October 4, 2009

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad adalah calon pilihan rakyat mengikut kata TanSri Muhyiddin Yasin. Apabila saya tiba di Peti undi Si Rusa jam 4 petang pada 2hb September 2009, bendera dan sepanduk parti yang bertanding sudah pun dinaikkan walaupun tidak kelihatan hebat, lebat atau padat. Ini ialah keadaan biasa dimana penamaan calon baru saja bermula dan kempen baru masuk fasa permulaan. Calon BN ialah bekas Menteri Besar yang semua orang disitu kenal dan ingat khidmat beliau kepada rakyat. Pengenalan diri tidak menjadi sukar lagi, cuma turun dan menemui pengundi sebagai tanda hormat dan meminta sokongan dalam pilihanraya penting ini. Yang perlu ialah rakyat diberi kefahaman mengenai kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk memilih wakil yang boleh membantu dan berkhidmat kepada mereka dengan berkesan. Sentimen dan emosi perlu di ketepikan dan utamakan memilih wakil rakyat yang senang ditemui dan mudah memberi bantuan. Isa Samad ialah orang yang sesuai dan tepat untuk di pilih sebagai wakil DUN itu. Pengalaman yang luas dan lama adalah dua perkara yang penting. BN sudah pun memerentah Negeri Sembilan dengan membangun negeri itu ketahap yang amat baik. Kemenangan BN di DUN adalah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan fizikal dan agama serta perkhidmatan yang efektif. Lebih penting adalah untuk rakyat menyatakan sokongan kepada parti yang mejunjung kepentingan islam dan bangsa melayu sejak 63 tahun. Ini adalah sesuatu yang orang Melayu tidak boleh menidakkannya. Ancaman terhadap agama Islam dan bangsa Melayu amat ketara sekali. Dan UMNO sajalah parti Melayu yang akan mempertahan dan berjuang menentang ancaman itu.


salam aidilfitri

September 19, 2009

saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri serta maaf zahir batin. Di suasana aidilfitri ini kita juga jangan lupa untuk merenung sejenak apa yang telah kita lalu dan apa yang kita mengalami sekarang dan juga meemikirkan apa yang bakal kita lalui dimasa akan datang. umat islam dan bangsa melayu mesti berupaya dan mengupayakan rakan rakan mereka melihat ancaman kepada bangsa dan agama kita.perpaduan kita rapuh dan lemah akibat kita berpecah. Apabila terus berpecah kita sudah tidak dihormati lagi dan selalu terhina. Psche orang melayu turut terubah dan terhakis. dulu orang melayu sanggup bertarung nyawa dan sedia berkorban atas 3 perkara. mereka sanggup berkorban jika orang menghina agama mereka, menghina raja mereka dan merampas tanah mereka. tetapi kini walaupun ada orang telah menghina agama dan raja kita serta mengambil tanah kita, kita hanya melihat dan berdiam diri. wallahualam.


Ucapan Di Mesyuarat Agong Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Mas

August 16, 2009

 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu alukan kedatangan tetamu yang kita sayangi  YB Dato Seri Hishammudin tun Hussein Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri. Hari ini kita merasa bangga dan bertuah kerana yang akan merasmikan mesyuarat kita ialah seorang tokoh dan pemimpin muda yang lahir dari keluarga pejuang bangsa melayu dan islam. Ini lah cucu allahyarham Dato Onn Jaafar pengasas UMNO dan anak kepada Perdana Menteri  Malaysia ke 3 allahyarham Tun Hussein Onn.

 

Tuan tuan dan para perwakilan sekelian. Saya ingin memberi sedikit latar belakang ringkas kepada tuan tuan dan para perwakilan sekelian mengenai pemimpin kesayangan kita ini. Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam  pentadbiran Negara. Pada tahun 1995 beliau mula mula di beri kepercayaan oleh Tun Dr Mahathir menjawat jawatan setiausaha parlimen kementerian  perdagangan antarabangsa, kemudian dinaikan pangkat ke jawatan Timbalan Menteri di kementerian perusahan utama, kemudian pada tahun 1999 sekali lagi dinaikan pangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan.

 

Pada tahun 2004 beliau telah diberi kepercayaan oleh Tun Abdullah ahmad badawi, perdana menteri Malaysia ke 5 sebagai menteri pelajaran. Dan pada bulan april tahun ini YAB Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri ke 6 telah memberi kepercayaan kepada YB Dato Seri Hishammudin untuk memegang jawatan sebagai menteri hal ehwal dalam negeri, satu kementerian yang amat penting untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

 

 Ini bererti beliau telah mendapat kepercayaan dari 3 perdana menteri.   Pengalaman – pengalaman yang di lalui,  akan menjadikan beliau seorang pemimipin yang diyakini dan di hormati rakyat. Umno bahagian pasir mas turut yakin dan berbanggga di atas perlantikan tersebut. Kita doakan agar bintang YB Dato S eri  akan terus bersinar bergemerlapan dimasa masa akan datang.

 

YB Dato Seri Naib Presiden,  Dif dif dan para perwakilan sekelian, saya ingin memaklumkan sedikit maklumat mengenai UMNO bahagian Pasir mas. Usia jawatankuasa  ini baru saja mencecah lebih kurang 9 bulan selepas pemilihan pada bulan November tahun lepas. Sebelum ini UMNO bahagian dipimpin oleh pemimpin yang kita hormati,YBhg Dato Hj Ab Rahim Ab Rahman. Beliau telah banyak mencurah bakti dan tenaga kepada umno dan rakyat  pasir mas. UMNO  bahagian Pasir Mas ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga.

 

Dalam tempoh 9 bulan tersebut kita telah berusaha memantap dan memperkemaskan pentadbiran parti.Program- program mesra rakyat terus dilaksanakan termasuk oleh ketiga sayap, wanita, pemuda dan putri.

 

YB Dato Seri  dalam parlimen pasir mas terdapat 3 DUN iaitu Pengkalan Pasir, Tendong dan Cetok. Jumlah cawangan ialah 178, manakala jumlah ahlinya pula ialah lebih kurang 18000 orang. Juga saya rasa bangga untuk memaklumkan kepada YB Dato Seri  Naib Presiden, bahawa jawatankuasa keempat empat peringkat  bahagian,pemuda, wanita dan puteri telah memberi kerjasama dan sokongan yang padu kepada saya sebagai ketua bahagian. Apabila terdapat masalah tertentu kita dapat segera selesaikan dan masalah itu tidak berlarutan Justru perpaduan di antara kita amat lah baik, dan izinkan saya memberi ucapan terima kasih kepada mereka semua. Mereka terdiri dari individu yang mempunyai nilai juang yang sangat tinggi dan berjiiwa murni dengan mendahului kepentingan parti dari segala galanya. Saya berbangga dengan mereka. Kegunung sama di daki ke lurah sama di turuni.

 

YB Dato Seri Naib Presiden, kami juga mohon YB Dato S eri sampaikan salam bangga, umno bahagian pasir mas  kepada YAB datuk seri Mohd Najib presiden kita ,di atas kepimpinan cemerlang beliau dengan gagasan pemikiran baru 1malaysia yang menerabas (traversing) halatuju baru rakyat Malaysia..

 

Dua hari lalu, Merdeka Centre sebuah badan penyelidik sosial , ekonomi dan politik telah mengumumkan satu kajian bahawa, peratus penerimaan (approval rating) rakyat Malaysia terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri meningkat dari 45 % kepada 65%  selepas 100 hari menjadi Perdana Menteri.

 

Ini bermakna dasar dan gagasan yang di bawa oleh Perdana Menteri kita, mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia. Kita sebagai ahli UMNO mesti dan wajib pertahankan sokongan ini, dengan terus berusaha mendampingi dan mendengar suara hati dan denyutan nadi rakyat.   

 

YB dato seri, dengan memerhati dan menilai perkembangan politik negara  sehari dua ini, kita terasa amat bimbang. Ada orang  yang sudah tidak lagi menghormati agama kita. Mempersenda ayat suci al quraan dan menghina agama islam. Menghina dan mencerca rara raja melayu, tidak menghormati adat dan budaya melayu.

 

Ianya amat bahaya sekali. Kita  takut dan bimbang jika ianya tidak terbendung hati dan perasaan orang melayu akan membara dan terbakar yang akhirnya meruntuh cita cita membina Negara bangsa.

 

Oleh itu Kita mohon YB dato seri selaku menteri dalam negeri membuat penelitian dan jika didapati ianya jelas melanggar undang undang dan perlembagaan negara , YB di minta bertindak dan menangkap mereka.

 

YB dato seri, untuk makluman dato seri,  umno bahagian pasir mas dalam mesyurat pada hari ini akan mengemukan 2 usul penting.

 

Iaitu pertama, usul menyokong kenyataan YAB Timblan presiden umno TS Muhyiddin Yassin yang menyatakan Anwar Ibrahim adalah pengkhianat perjuangan bangsa melayu. Usul kedua iaitu usul agama yang berbunyi …….

 

YB Dato Seri pada hari ini juga kita tidak lupa untuk mengenang jasa  jasa ahli ahli veteran umno yang telah banyak berkorban untuk umno. Mereka hadir untuk bersua muka dan melihat wajah  YB DS naib presiden yang muda lagi handsome. Sebentar lagi mereka akan menerima sedikit cenderahati yang akan disampaikan oleh DS sebagai tanda ingatan.

 

Akhir sekali saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan      terima kasih yang tidak terhingga kepada YB DS hishammudin dan rombongan serta wakil wakil parti komponen dan   dif – dif jemputan. Juga kepada timbalan dan naib saya, che johan dan en aziz serta jawatankuasa 4 peringkat, dan urusetia umno pasir mas di bawah en mohd nor Abdullah yang telah mengurus majlis ini dengan baik . Dan juga tak lupa kepada rombongan umno bahagian tumpat yang mewakili badan perhubungan umno negeri kelantan .

 

Kalau ada sumur diladang

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang ,

Dato Seri Hisham sila lah datang lagi.

 

Sekian. Wabillah hitaufik wallhidayah wassallam mualaikum wb.


Unity Government-Kerajaan Perpaduan-Realiti dan Perasaan

June 23, 2009

Realitinya Melayu berpecah dan lemah. Dengan sendirinya pembelaan terhadap umat Islam turut lemah dan tersoal. Perasaan pemimpin saperti Haji Hadi dan Nasharudin di pengaruhi realiti ini. Begitu juga dengan pemimpin tertinggi UMNO DS Najib dan TS muhyiddin. Orang Melayu lebih tinggi harapan untuk melihat gagasan pemikiran ini perlahan lahan menghampiri kenyataan. Pemimpin PAS Kelantan berada dilanskap politik yang berbeda dengan rakan rakan mereka di negeri negeri lain.Mereka telah menikmati kuasa dan kedudukan hampir 20 tahun walaupun tidak menyumbang kepada pembangunan rakyat. Maka keangkuhan menebal, kesombongan meningkat dan rasa kurang hormat kepada pendapat orang lain turut terselah. Ini terbukti melalui kenyataan keras dan bongkak pemimpin dan didalam ucapan di ceramah ceramah dimana kandungannya mencerca peribadi orang lain. Kepentingan peribadi serta kebimbangan terpaksa berkongsi kuasa, telah memaksa penolakan satu gagasan yang baik untuk orang melayu. Alasan alasan mudah dicipta untuk menggagalkannya.  
Sebaliknya pemimpin Pas di negeri negeri lain lebih teliti dan analytical serta bersifat socio-religio realist. Mereka faham ancaman terhadap bangsa melayu dan agama islam. Gagasan pemikiran yang boleh membentuk perpaduan antara umat islam dijadikan idea yang tiba tiba terjelma untuk pertimbangan orang melayu. Ianya murni untuk diperjuangkan kerana mereka adalah pejuang politik islam yang belum kecapi nikmat kuasa berbanding rakan rakan mereka di Kelantan. Kesan perpecahan orang orang melayu di negeri negeri lain tidak sama dengan kesan pepecahan orang melayu di negeri Kelantan. kita mesti berupaya melihat perbezaan. Belajarlah dari Pulau Pinang dan Perak. Di negeri negeri tersebut orang Melayu hanya tumpang kuasa kerana sudah tidak berkuasa. Orang bukan melayu cepat belajar dan cepat faham erti kesatuan undi lalu mereka berpakat menjadi kingmaker untuk menentukan siapa yang hendak diberi kuasa. Perlahan lahan melalui perpaduan politik, bangsa mereka sendiri akan menjadi ‘outright king’ kerana kumpulan melayu islam menjadikan mereka barang rebutan. Berlumba lumba untuk memikat mereka melalui pelbagai konsesi politik dari dua kumpulan melayu yang perlukan sokongan mereka. Untungnya mereka. 

Hadi dan Nasharudin sebagai pasangan pemimpin Pas yang berpandangan realist dan di lihat ikhlas, diserang hebat oleh Nik Aziz. Nik Aziz adalah pemimpin kultis dari angkatan jenerasi terpisah yang idea dan aplikasi politiknya sudah tidak releven dan naive. Yang tinggal hanya unsur rasa hormat sebagai elder leader.

 Namun sebagai manusia biasa Hadi – Nasharudin tentu menerima tekanan emosi yang kuat akibat serangan itu. Mereka berdua terpaksa ‘tone- down’ dan ‘mellow- down’ pandangan itu untuk menari ikut rentak atau ‘dance to the gallery’. Kita tidak terkejut apabila Hadi membuat kenyataan pusingan u kerana kita tahu perangai orang politik pas yang selalu berdolak dalik apabila berdepan dengan isu yang boleh menjejaskan kedudukan peribadi sendiri. Hadi terpaksa menari ikut rentak tetapi Nasharudin terus berhenti menari dan berdiam diri untuk selamatkan diri.  

Tetapi seperti orang yang pernah jatuh cinta, walaupun terhalang oleh keluarga, perasaan cinta tetap kekal walaupun tidak membara. Saya harap perasaan cintakan perpaduan yang ada dalam hati Hadi-Nasharudin terus kekal dan kelak membara semula walaupun terhalang seketika. Orang putih kata ‘time will heal’ (masa akan sembuhkan). 70 peratus orang melayu di negara ini akan menyokong apajua bentuk gagasan penyatuan.


kekecohan persidangan dewan undangan negeri perak

May 9, 2009

I feel like not reading any report on that incident as not many of us would expect in this peaceful country with excellent civil order, we would see a  circus melee not of elephants and tigers but of people wearing number one dresses and decorated attire. Studded with insignia, medals of honour. And how ugly it looked this time around with foul shouting, wide open ruckus and with one foolish YB standing on table tops. Oh god what had got of our wakil rakyats. And mind you, that happened in an august house with the regent of Perak  kept at bay waiting to address the opening ceremomy . He was absolutely too patient a man, a model of decorum . Its a shame to see the collapse of fine etiquette that has become an age old tradition of such ceremony. The country is at its best in its democratic values and kept aspiring to remain one. It is been upheld and well held in that form, for otherwise we will not have seen 5 states held by the opposition. Opposition representatives as for now, need to have a hard look at their behaviour and must come to sobre thoughts and reflect what is expected of them. Rules of law, debate conduct and respect for the revered assembly whose decision touches the life of the people has now become a mockery.   Rather than wasting public trust and risking respect, the house should restore decorum with befitting people. It was a sad day for Perak and for Malaysia.


LAMAN WEB UMNO BAHAGIAN PASIR MAS

May 2, 2009

Laman web UMNO Bahagian Pasir Mas
www.umnopasirmas.com


UCAPAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009

May 1, 2009

TAN SRI PENGERUSI TETAP,

YAB PRESIDEN, YAB TIMBALAN PRESIDEN, YAB,YB NAIB NAIB PRESIDEN, AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI DAN PARA PERWAKILAN YANG DIHORMATI SEKELIAN
SAYA HANAFI MAMAT DARI UMNO BAHAGIAN PASIR MAS MEWAKILI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KELANTAN INGIN TURUT SERTA DALAM MENYOKONG USUL EKONOMI.
HARI INI KITA SEDANG MENGHADAPI KRISIS EKONOMI. KRISIS KALI INI ADALAH YANG TERBURUK SEJAK KEMELESETAN EKONOMI DUNIA TAHUN 1930 DAN SEJAK PERANG DUNIA YANG KEDUA. IANYA DIKATAKAN BERMULA DARIPADA KRISIS GADAIAN SUBPRIMA DI AMERIKA SYARIKA. KEMUDIAN IANYA MEREBAK KE INSTITUSI KEWANGAN LAIN, YANG SETERUSNYA MELANDA PASARAN SAHAM SEBELUM MENJEJASKAN EKONOMI DUNIA. KESAN DOMINO EKONOMI INI TIDAK DIKETAHUI BILA AKAN TAMAT.
BANK DUNIA MENJANGKAKAN SERAMAI 200 JUTA ORANG AKAN KEHILANGAN PEKERJAAN DI SELURUH DUNIA. DAN 600 JUTA ORANG AKAN HANYA PEROLEHI BERPENDAPATAN KURANG DARIPADA RM3.60 SEHARI. PADA TAHUN 2008 SAHAJA LEBIH 155 JUTA ORANG AKAN TERMASUK DALAM KATEGORI MISKIN TEGAR. KESAN KRISIS INI KEPADA NEGARA-NEGARA MEMBANGUN DAN MISKIN DI JANGKAKAN LEBIH TERUK DAN SUKAR DIGAMBARKAN
NEGARA KITA MALAYSIA JUGA TIDAK TERKECUALI. KITA TELAH MULA MENERIMA TEMPIASNYA. INDEKS KOMPOSIT KUALA LUMPUR (KLSE INDEXS) TELAH MENJUNAM SEHINGGA KE PARAS 810 MATA PADA AKHIR TAHUN 2008 DAN DIRAMAL AKAN TERUS MENURUN.
PAKAR EKONOMI MERAMALKAN KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA AKAN TURUT MENGALAMI KEMEROSOTAN. UNJURAN KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI TAHUN 2009 DIJANGKA DIANTARA NEGATIF -1 SEHINGGA 1%.
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MEMAKLUMKAN SEHINGGA FEBRUARI 2009 LEBIH 50,000 ORANG KEHILANGAN PEKERJAAN DAN DIJANGKAKAN BERATUS-RATUS RIBU LAGI AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA. KADAR PENGANGGURAN JUGA BAKAL MENINGKAT DI ANTARA 5 HINGGA 7 PERATUS.
NILAI EKSPORT NEGARA PADA BULAN JANUARI 2009 JATUH SEBANYAK 27.8 PERATUS. IANYA ADALAH YANG TERBURUK DALAM TEMPOH 28 TAHUN. PELABURAN ASING JUGA TELAH BERKURANGAN SEBANYAK 50% PADA TAHUN INI IAITU KEPADA RM 26 BILLION.
KEMELESETAN EKONOMI JUGA AKAN MEMBERI KESAN KEATAS KESTABILAN SOSIAL. KADAR INDEKS JENAYAH DIJANGKA MENINGKAT PADA KADAR 5 PERATUS PADA TAHUN 2009 BERIKUTAN RAMAI YANG HILANG PEKERJAAN DAN KESUKARAN MENDAPAT PEKERJAAN.

TAN SRI PENGERUSI TETAP DAN PARA PERWAKILAN SEKELIAN,
SENARIO TERSEBUT MENGGERUNKAN KITA. KITA TIDAK TAHU BAGAIMANA KESAN DAN APAKAH AKIBATNYA JIKA IANYA TERUS MELANDA. BEBERAPA NEGARA TELAH MULA MEMBUAT PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI MASING MASING.
TIDAK ADA PAKAR EKONOMI YANG TAHU DAN DAPAT MEMBERI RAMALAN DENGAN TEPAT. INI LAH REALITI EKONOMI YANG TERPAKSA KITA HADAPI.
RAKYAT DARI SEMUA LAPISAN AKAN TURUT TERJAJAS.
DI MALAYSIA, RAMAI BERPENDAPAT DIANTARA MEREKA YANG KURANG TERJEJAS IALAH KAKITANGAN KERAJAAN YANG MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP. MEREKA MENIKMATI GAJI TETAP, NAIKAN GAJI TAHUNAN, BONUS DAN KEMUDAHAN PINJAMAN PERUMAHAN, KERETA DAN SEBAGAINYA. MEREKA JUGA MENIKMATI SKIM PENCEN DAN KEISTIMEWAAN KEISTIMEWAAN LAIN. MEREKA ADALAH GOLONGAN YANG BERTUAH DAN BERNASIB BAIK BERBANDING DENGAN RAKAN RAKAN MEREKA DISEKTOR SWASTA. ALHAMDULLILAH MEREKA PATUT BERSYUKUR.
TETAPI YANG SEDIHNYA DALAM PILIHANRAYA YANG LALU RAMAI YANG TIDAK MENYOKONG KERAJAAN.
KITA JUGA MENYOKONG LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGISI JAWATAN JAWATAN DALAM SEKTIOR AWAM YANG BERJUMLAH 46 RIBU. TETAPI DALAM HAL INI KITA INGIN MENCADANGKAN, SEBELUM MEREKA DI LANTIK KITA PERLU MELAKUKAN PROSES PEMURNIAN SUPAYA MEREKA MESTI MENYOKONG KERAJAAN YANG MEMBERI PELUANG KERJA KEPADA MEREKA.
JUGA TELAH SAMPAI MASANYA KITA MEMBERI PELUANG KEPADA PEGAWAI KUMPULAN A UNTUK MEMEGANG JAWATAN PENTING DALAM UMNO BAGI MENDEKATI SEMULA MEREKA KEPADA PERJUANGAN UMNO. KUMPULAN INI TELAH DILARANG TERLIBAT SELAMA HAMPIR 20 TAHUN KERANA SEBAB SEBAB HALANGAN ARAHAN AM KERAJAAN. KITA MUNGKIN DAPAT MENILAI SEMULA KEADAAN DENGAN MEMBUKA RUANG UNTUK MEREKA.
TAN SRI PENGERUSI TETAP,
KITA MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KERAJAAN DIBAWAH KEPIMPINANAN YAB PAK LAH KERANA TELAH MENYEDIAKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DENGAN SEGERA. PAKEJ PERTAMA TELAH DIUMUMKAN PADA 4 NOV 2008 DENGAN JUMLAH DANA RM 7 BILLION. MANAKALA PAKEJ RANGSANGAN KEDUA PULA TELAH DIBENTANG DALAM BUDGET MINI OLEH YAB DATO’ SERI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN MALAYSIA DENGAN JUMLAH RM60 BILLION PADA 10 MAC 2009 YANG LALU.
KITA TIDAK MENDUGA KERAJAAN AKAN MENYEDIAKAN DANA SEBESAR ITU. TETAPI KERAJAAN DENGAN LANGKAH YANG BERANI DAN YAKIN TELAH MENYEDIAKAN DANA YANG AMAT BESAR YANG BERSAMAAN DENGAN 9 % DARI KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) DAN MERUPAKAN PAKEJ RANGSANGAN YANG TERBESAR DALAM SEJARAH NEGARA.
WALAU BAGAIMANA PUN KITA BERHARAP AGAR PROJEK DAN PROGRAM YANG HENDAK DILAKSANAKAN DIBAWAH PELBAGAI KEMENTERIAN INI DIURUS DENGAN BAIK, TELUS IKHLAS DAN CEKAP.
INI ADALAH PELUANG TERBAIK UNTUK KITA MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN DAN UMNO.
RAKYAT JUGA INGIN MELIHAT KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN MELALUI TENDER TERBUKA BAGI MEMASTIKAN TIDAK BERLAKU KETIRISAN. DAN JUGA TIDAK AKAN MENARIK PERASANGKA NEGATIF KEPADA USAHA PENTING I NI.
KERAJAAN MESTI URUSKAN PAKEJ RANGSANGAN RM 60 BILION INI DENGAN STANDARD PENGURUSAN PELAKSANAAN YANG TINGGI DAN PENTADBIRAN YANG BAIK (HIGHEST STANDARD OF MANAGEMENT AND GOOD GOVERNANCE) SUPAYA KECAIRAN TUNAI DAPAT MELEBAR LUAS DENGAN CEPAT. PEMULIHAN EKONOMI SANGAT BERGANTUNG KEPADA ALIRAN TUNAI SUPAYA DAPAT SAMPAI KE TANGAN RAKYAT DENGAN SEGERA.

TAN SRI PENGERUSI TETAP, YAB PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN,
AKIBAT KRISIS EKONOMI KALI INI AKAN WUJUD JURANG PENDAPATAN YANG LEBIH LUAS ANTARA KAUM. SEKTOR PERTANIAN MENERIMA TAMPARAN YANG HEBAT BERIKUTAN KEJATUHAN HARGA KOMODITI SEPERTI GETAH DAN KELAPA SAWIT. MEMANDANGKAN 70% DARIPADA GUNA TENAGA SEKTOR PERTANIAN IALAH BUMIPUTRA MAKA ORANG MELAYU LAH YANG PALING TERUK TERJEJAS. ADA LAH MENJADI TANGGUNG JAWAB KITA MEMIKIRKAN BAGAIMANA KITA BOLEH MENANGANI MASALAH INI. MUNGKIN KITA PERLU MEMBUAT PEMBERIAN BANTUAN TERUS SAPERTI MEMBERI WANG TUNAI ATAU DALAM BENTUK KUPON.
TAN SRI PENGERUSI TETAP
SAYA INGIN MENYENTUH SEDIKIT MENGENAI DEB.
BARU BARU INI KITA RASA TERSANGAT MARAH APABILA ADA ORANG BERKATA DEB ADALAH SAMA DENGAN DASAR APARTIED YANG DI GUNAPAKAI DI AFRIKA SELATAN DAHULU. IAITU DASAR YANG TIDAK ADIL YANG MEMISAHKAN KAUM MENGIKUT WARNA KULIT. INI ADALAH KENYATAAN BERBEBAUR PROVOKASI YANG SENGAJA UNTUK MENYAKITI HATI KITA.
SEBENARNYA KITA BERSETUJU DEB DI UBAHSUAI BAGI MENCERMIN KOMPOSISI KAUM. ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA TERDIRI 65% DARI JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA. TETAPI ANEHNYA KITA MENSASARKAN PEMILIKAN EKONOMI NEGARA HANYA 30% SAHAJA. DAN ITU PUN MASIH BELUM TERCAPAI. MAKA PARA PERWAKILAN SEKALIAN, KITA TUNTUT SUATU PEMIKIRAN BARU ATAU ‘FRESH IDEAS’ DAN KITA MESTI MENSASARKAN PENCAPAIAN EKONOMI MELAYU KEPADA TAHAP 65% SETIMPAL DENGAN JUMLAH KOMPOSISI PENDUDUK. BUKANNYA SEKADAR 30% YANG TELAH MENJADI SASARAN LAPUK SEJAK 40 TAHUN YANG LALU.
JANGAN LAH KITA KATA IANNYA TIDAK REALISTIK. SASARAN YANG TINGGI AKAN MENDORONG KITA BERKERJA KERAS DAN BERSEMANGAT TINGGI. KITA PERLU YAKIN DENGAN KEPIMPINAN BARU DIBAWAH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN.
KITA PENUH YAKIN KEPIMPINAN BARU YANG BAKAL MENGAMBIL ALIH KEPIMPINAN NEGARA , YANG AKAN DITERAJUI PEMIMPIN KESAYANGAN KITA, YAB DATUK SERI MOHD NAJIB, AKAN MEMBAWA NAFAS BARU DAN IDEA BARU BAGI MENGANGKAT MARTABAT BANGSA MELAYU DAN NEGARA TERCINTA.
TAN SRI PENGERUSI PENGERUSI TETAP,
PADA PERSIDANGAN KALI INI KITA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA SYARIKAT SYARIKAT GLC (GOVERNMENT LINK COMPANIES) SEPERTI SIME DARBY, TELEKOM, PERBADANAN NASIONAL BERHAD, TNB, SURUHANJAYA SEKURITI KERANA TELAH MENUNJUKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL YANG TINGGI. MEREKA TELAH MENAWARKAN BIASISWA BIASISWA KEPADA ANAK ANAK BANGSA KITA YANG BAKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DIDALAM DAN LUAR NEGARA DIPELBAGAI BIDANG. SUMBANGAN MURNI ATAU ‘NOBLE CAUSE’ INI ADALAH MENJADI SATU KEBANGGAAN DAN SIMBOL KEPRIHATAN WARGA KOPORAT MELAYU KEPADA BANGSANYA. KITA BERHARAP MEREKA AKAN TERUS MENYUMBANG UNTUK KEMAJUAN BANGSA DAN NEGARA.
DI PERSIDANGAN PERSIDANGAN YANG LALU MEREKA SERING DIKRITIK, TETAPI KALI INI ADALAH WAJAR MEREKA DI PUJIAN.
TAN SRI PENGERUSI TETAP,
UNTUK MEMPERCEPAT PERTUMBUHAN DALAM NEGERI, KERAJAAN PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG LEBIH AGRESSIF DENGAN MENINGKATKAN KEMPEN MEMBELI BARANG BARANG TEMPATAN. RAKYAT PERLU DISEDARKAN BETAPA BESARNYA SUMBANGAN MEREKA JIKA MEREKA MEMBELI BARANGAN KELUARAN DALAM NEGARA KERANA DAPAT MEMBANTU PENGELUARAN, PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN MENTAH, DAN TENAGA BURUH BAGI MENGURANGKAN PENGANGGURAN.

DATO PENGERUSI TETAP PARA PERWAKILAN SEKELIAN,
IZINKAN SAYA MENYENTUH JUGA MENGENAI POLEMIK BARU MENGENAI PPMSI. SETELAH 6 TAHUN BERJALAN TANPA MASALAH BESAR TIBA TIBA PERDEBATAN AWAM MUNCUL. RUMAH SUDAH HAMPIR SEPARUH SIAP TUKANG PUL;A BERGADUH.
ADA YANG MENYOKONG DAN ADA PULA YANG MEMBANTAH. SAYA INGIN MENARIK PERHATIAN TUAN PUAN AGAR MELIHAT KEMBALI OBJEKTIF PELAKSANAAN PPSMI.
SEBENARNYA PPSMI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEKTIF YANG TERSIRAT. IANYA DAPAT MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR MELAYU TERUTAMANYA DI LUAR BANDAR MEMAHAMI KONSEP- KONSEP DAN JUGA ISTILAH-ISTILAH DALAM MATEMATIK DAN SAINS BERMULA DI SEKOLAH RENDAH LAGI. INI DAPAT MEMBANTU MEREKA DALAM MEMAHAMI BUKU-BUKU RUJUKAN YANG MEREKA AKAN BACA BILA BERADA DI UNIVERSITI NANTI. KEBANYAKAN BUKU BUKU RUJUKAN PENTING ADALAH DI TULIS DALAM BAHASA INGGERIS. PENEMUAN PENEMUAN TERBARU TERUTAMANYA DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI JUGA KEBANYAKANNYA DITULIS DALAM BAHASA INGGERIS. IA TENTUNYA DAPAT MENINGKATKAN LAGI PRETASI KELULUSAN AKADEMIK MEREKA DI UNIVERSITI YANG MANA PADA PADA MASA INI SERING DIPERKATAKAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR MELAYU DI UNIVERSTI TIDAK BEGITU MEMUASKAN BERBANDING DENGAN KAUM KAUM LAIN.

KURANGNYA DAYA SAING DAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA INGGERIS JUGA TELAH MENJADI ANTARA FAKTOR PENYEBAB KEPADA PENGANGGURAN DI KALANGAN GRADUAN MELAYU. TIGA HINGGA LIMA TAHUN MASA DI UNIVERSITI TIDAK CUKUP UNTUK MEMAHIR DAN MEMBIASAKAN MEREKA DENGAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BERBANDING MASA 11 SEHINGGA 13 TAHUN MASA MEREKA DI SEKOLAH. JADI TIDAK HAIRANLAH JIKA ADA DI ANTARA MEREKA MENINGGALKAN TEMUDUGA ATAU TIDAK BERANI UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA BILA IANYA DIJALANKAN DALAM BAHASA INGGERIS. JADI INILAH YANG HENDAK DIATASI DALAM PPSMI.

KALAU KITA HENDAK MEMARTABAKKAN BAHASA KITA MAKA KITA HENDAKLAH MENJADI BANGSA YANG MAJU. BILA BANGSA KITA MAJU MAKA BAHASA KITA AKAN DIHORMATI DAN DIPELAJARI. BEGITULAH YANG TERJADI DENGAN BAHASA INGGERIS DAN BAHASA JEPUN. KITA TIDAK MAHU NASIB YANG MENIMPA BAHASA LATIN MENIMPA KEPADA BAHASA MELAYU. BAHASA LATIN HANYA TINGGAL NAMA DAN HANYA TERPAHAT DIDINDING DAN DITIANG BAGUNAN LAMA DI EROPAH. BAHASA YANG DULUNYA AGONG SE AGONG EMPAYAR ROME. TETAPI HANYA TINGGAL MENJADI SEJARAH. INI KERANA EMPAYAR ROME RANAP DAN JATUH DAN SETERUSNYA DILUPAKAN. BAHASA LATIN YANG DIGUNAKAN MEREKA TURUT TERKUBUR.
INI BERERTI YANG PALING PENTING IALAH MENGEKALKAN KEKUATAN POLITIK DAN EKONOMI KITA DAHULU. BARU LAH BAHASA KITA DIHORMATI DAN DIGUNA DAN TERUS KEKAL.

APA AKAN JADI JIKA PPSMI DIMANSUHKAN. JURANG PENDIDIKAN ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR AKAN MENJADI SEMAKIN LEBAR . PENEKANAN KEPADA PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR PELAJAR LUAR BANDAR AKAN MENJADI SEMAKIN BERKURANGAN KERANA TIDAK BEGITU TERDESAK. KESANNYA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS AKAN MEROSOT. SEDANGKAN PELAJAR PELAJAR DI BANDAR PULA SENTIASA TERDEDAHKAN DENGAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KOMUNIKASI SEHARIAN. INI AKAN MENYEBABKAN PELAJAR PELAJAR DI LUAR BANDAR YANG RATA-RATA NYA ADALAH PELAJAR MELAYU AKAN TERUS KETINGGALAN DAN KEKURANGAN DAYA SAING. MEREKA AKAN TERUS KETINGGALAN DALAM MEREBUT PELUANG-PELUANG PEKERJAAN, MELANJUTKAN PELAJARAN DAN JUGA PELUANG-PELUANG EKONOMI YANG LAIN.
BAHASA MELAYU TETAP BERADA TEMPAT YANG TINGGI. SELAGI URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN DIJALANKAN DALAM BAHASA MELAYU, SELAGI PERBICARAAN DI MAHKHAMAH DIJALANKAN DALAM BAHASA MALAYU, SELAGI PERBAHASAN DALAM PARLIMEN DIJALANKAN BAHASA MELAYU. PENDEK KATA SELAGI KETIGA CABANG KERAJAAN INI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, IANYA TETAP KEKAL SEBAGAI BAHASA YANG BERMARTABAT. TIDAK PERLU BIMBANG.
DENGAN ITU PPSMI PATUT DITERUSKAN, NAMUM BEGITU PELAKSANAANNYA PERLU ADA PENAMBAHBIAKKAN AGAR IANYA MENJADI LEBIH EFEKTIF. BILANGAN GURU MAHIR DAN PERALATAN HENDAKLAH DITAMBAH. MANAKALA KAEDAH PEMBELAJARAN YANG SESUAI PERLULAH DIFIKIRKAN.

TAN SRI pengerusi tetap,
Saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai satu punca kekayaan Negara dan orang melayu ia itu tanah. Melayu dan tanah tak dapat dipisahkan. Zaman Dulu tak ada duit jual tanah, nak kawin jual tanah, nak peRgi mekah jual tanah dan nak bayar hutang pun jual tanah.
Tanah rezab melayu yang diwujudkan kan melalui enactment rezab melayu harus dijadikan satu agenda penting dalam membangunkan asset orang melayu. Oleh kerana erm ini berbeza dinegeri negeri ianya menjadi rumit apabila kita ingin membangunkanya. Sebenarnya tanah tanah ini tidak lah saperti tanggapan orang ramai mempunyai nilai yang rendah. Ianya satu persepsi yang tidak semuanya benar. Ianya terjadi kerana wujud perbandingan dengan tanah tanah freehold ATAU PEGANGAN BEBAS yang berada dibandar. Tanah rezab melayu hanya ada lebih kurang 4juta hektar sahaja diseluruh Negara DAN ANGGARAN MENCECAH 400 BILLION.

Yang menjadi lebih kuat persepsi itu ialah apabila kerajaan negeri memberi hakmilik pajakan sahaja kepada tanah tersebut dan tidak di kurnia hakmilik selama lama atau in perpertuity. Mereka mengambil kira pandangan dan arahan majlis tanah negera yang dikeluarkan lebih 30 tahun yang lalu. KEADAAN AKAN TERUS merugikan TANAH orang melayu.
Tetapi ada satu negeri dahulu dibawah rakyat, yang mempersendakan arahan MTN ini dan mencari kesempatan DARI kelonggaran undang undang dengan mengurniakan hakmilik selama 999 tahun. Dan mereka berkata perbuatan ini tidak salah kerana ianya masih pajakan juga dan bukan hakmilik selama lamanya. Pajakan boleh dikeluarkan selama 33 tahun, 66 tahun dan 99 tahun DAN 999TAHUN. INI BERERTI PEGANGAN Hakmilik tanah ini akan tamat dalam tempuh 10 abad lagi.
KERAJAAN MESTI BERTINDAK. Mengambil iktibar dari kelemahan ini kita mencadangkan agar mtn mencari jalan untuk menghalang kejadian ini berlaku dimasa akan datang dengan membuat pindaan kepada kanun tanah Negara 1965.
Dalam kes trm untuk menambah nilai kita cadangkan mana MANA pemberian hakmilik baru mestilah dileluarkan hakmilik untuk selama lama (in perpetuity)dan bukannya hakmilik pajakan SAJA. BARULAH NILAI NYA MENINGKAT.

TAN SRI pengerusi tetap.
DULU KITA PERNAH DENGAR ADA URA URA UNTUK MEMINDA KANUN BAGI MEMBOLEHKAN TANAH REZAB MELAYU DIBANGUNKAN OLEH ORANG BUKAN MELAYU. PERWAKILAN SEKELIAN Kita tidak mahu tanah rezab melayu dinodai. Kita masih banyak masa dan banyak cara untuk memperkayakan orang melayu selain dari menjual,menggadai dan menyewakan tanah kepada BUKAN MELAYU. KITA CADANGKAN JIKA TANAH REZAB MELAYU PERLU DIBANGUNKAN IANYA PERLU DIBANGUNKAN ORANG MELAYU SENDIRI ATAU AGENSI KERAJAAN. SEKARANG INI PUN SUDAH RAMAI PEMAJU PEMAJU MELAYU YANG BERKEMAMPUAN. KITA BIMBANG BUMI YANG PIJAK MENJADI MILIK ORANG.
Erm pula berbeza diantara negeri negeri. Kita juga mencadangkan supaya diseragamkan undang undang tersebut untuk memberi gambaran kita adalah sebuah Negara persekUtuan. Pelabur pelabur juga keliru untuk melabur kerana perbezaan ini.
Tanah rezab melayu telah susut keluasaan nya OLEH KERANA DI AMBIL UNTUK PROJEK PROJEK AWAM DAN SWASTA. KEPERLUAN Dalam erm, kerajaan mesti menggantikan tanah tersebut seluas mana yang TELAH diambil.

TAN SRI pengerusi tetap,
PENUBUHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) ADALAH MERUPAKAN SATU INISIATIF YANG TEPAT PADA MASANYA.
CUMA YANG KITA TIDAK MAHU DAN TIDAK SERONOK, JANGANLAH DI BAWA MASUK SPRM UNTUK MENYELESAI MASALAH KELUARGA KITA. UMNO NI ADALAH KELUARGA YANG BESAR. KITA KENAL HATI BUDI DI ANTARA KITA. MEREKA SEMUA NI BUKAN PERASUAH. MEREKA ORANG BAIK HATI. KEADAAN DAN SITUASI TELAH MEMAKSA MEREKA. ORANG YANG BELUM PERNAH BERTANDING TIDAK AKAN MERASAI DAN MENJIWAI PERASAAN ORANG YANG BERTANDING. PERASAAN YANG TAK DAPAT DIGAMBARKAN.
BUATLAH APA CARA PUN, KITA RASA MEMBENTERAS POLITIK WANG ADALAH SAMA SEPERTI ‘MEMUKUL ULAR DENGAN PELEPAH PISANG. SEKALI PUKUL, ULAR AKAN MELENTING. ULAR TAK MATI, YANG MEMUKUL PULA KENA PATUK.
JADI KITA PERLU ADA PERUBAHAN YANG RADIKAL DALAM PEROSES PEMILIHAN PARTI DI SEMUA PERINGKAT DAN BUKAN DENGAN MENANAM MATA MATA GELAP DIKALANGAN PERWAKILAN MATA MATA GELAP PUN GELAP MATA. KITA SAMA SAMA FIKIRLAH SENDIRI.

DATO PENGERUSI TETAP DAN PARA PERWAKILAN SEKELIAN,
KITA AMAT BERTUAH KERANA TINGGAL DI NEGARA INI. KITA DAPAT MENGECAPI KEMAJUAN YANG TELAH DICAPAI OLEH NEGARA KITA. NAMUM BEGITU KEMAJUAN EKONOMI YANG KITA CAPAI TELAH MENARIK KEMASUKKAN BURUH ASING. KEMASUKAN BURUH ASING YANG TIDAK TERKAWAL AKAN MENGUNDANG MASALAH SOSIAL KEPADA RAKYAT NEGARA INI.

TERDAPAT KIRA-KIRA 2.12 JUTA BURUH ASING DI NEGARA INI YANG DIREKODKAN SEHINGGA MAC 2008. MEREKA YANG PALING RAMAI ADALAH DARIPADA INDONESIA, BANGLADESH, MYAMMAR DAN JUGA FILIPINA.
SEPATUTNYA MEREKA BERADA DISINI UNTUK KERJA KERJA APA YANG DIPANGIIL SEBAGAI 3D(DANGEROUS,DIFFICULT AND DIRTY). SEBALIKNYA MEREKA BERADA DIMANA MANA.
KEMASUKKAN BURUH ASING INI PERLU DITANGANI SEGERA LEBIH-LEBIH LAGI DI ERA NEGARA SEDANG MENGALAMI MASALAH PENGGANGGURAN AKIBAT KEMELESETAN EKONOMI. KEGAGALAN MENGATASI MASALAH INI AKAN MEWUJUDKAN SATU KRISIS SOSIO EKONOMI YANG LEBIH SERIUS.
TAN SRI PENGERUSI TETAP KELANTAN MOHON MENCADANGKAN.


pilihanraya kecil penanti

April 18, 2009

Walaupun kerusi DUN Penanti di kosongkan dengan cara wakilnya meletak jawatan, rakyat perlu di beri peluang memilih wakil baru mereka. Penyokong BN di situ tidak kecil semasa pilihanraya 2008 dan mereka akan kecewa jika tidak ada pilihanraya.Maruah pemimpin BN seluruh negara juga bukan perkara  enteng hendak diandai (taken for granted)begitu saja. BN perlu meletak calon untuk memberi pilihan kepada rakyat memangkah calon yang mereka rasa layak mewakili mereka. Sebagai sebuah parti besar yang memerentah Malaysia BN akan terima tekanan dan serangan lebih besar jika tidak meletak calon. BN perlu memberi tentangan yang hebat kepada calon PKR. Tidak ada, se ingatan saya, sejarah, baik didalam maupun di luar negara, parti pemerentah tidak meletak calon dalam pilihan raya kecil. Orang putih kata, giving a ‘walkover before a fight is a crying shame’. Ini lah sebenarnya kehendak parti pembangkang. Pembangkang memang bersorak jika menang tanpa bertanding dan akan menjadi modal besar kempen dimana mana. BN perlu letak calon tanpa alasan. Maruah BN lebih terbela jika kalah bertanding daripada menang pembangkang tanpa bertanding. Strategi yang baik dan semangat yang tinggi akan memungkinkan apa saja. Jika semua penyokong berkata, BN perlu menang, disitu sudah terterap 50% semangat untuk berjuang. Peluang untuk menang tetap ada kerana sejarah PRU 2004 BN pernah menang dengan majoriti 1800.

Perletakan jawatan Mohd Firdaus bukanlah dirancang pembangkang, bukan juga untuk mecetus gelombang sokongan seperti pendapat sesetengah pihak, tetapi wakil rakyat PKR  sebahagian besar bukan ahli politik matang atau orang politik tulen. Mereka adalah calon , di tangkap muat yang latar belakang mereka pun tersoal. Orang putih kata a group of renegade yang ‘anti establishment’,  yang di pilih rakyat semasa gelombang anti BN memuncak. Ramai juga antara mereka adalah  ’political have- beens’ yang kecewa. Tentunya kualiti cara berpolitik rendah. Sekarang segalanya tidak seteruk dulu lagi. Gelombang mula reda. Tidak hairanlah mereka berjuang bukan untuk rakyat tetapi menambah beban dan menyusahkan rakyat. Orang melayu mula kembali menyokong BN. Di Bukit Gantang sokongan orang melayu meningkat. 

Dalam kes Penanti rakyat akan mula menilai mereka. Penanti akan menjadi medan yang menarik untuk menilai pembangkang. Undi BN pasti meningkat.


economic stimulus package

April 13, 2009

A few days ago I was flipping through ‘the edge’ a business cum economic tabloid. The write was rather a mixture of academic stuff and economic news report. Nobody really understands the present economic turmoil other then repainting the month old scenario. Repeating the same old US subprime tales.  Of unemployment, retrenchment, growth statistics and industry collapse.
What matters to me most are the fate of rural massses, I mean the third world poor. They dont buy economic figures. They need to buy rice and sugar. They need them now. Governments must act extremely fast before the likes of 1998 jakarta’s social unrest that brought down suharto 10 years ago recurs. its not about politics but plain economic plan to ease and alleviate food and financial crisis.
Hard Cash money should flow and spread fast. Food coupons are no good as it restricts movement and limits distribution. Cash must be the answer, I mean outright cash handouts to the masses. And make sure they dont save this cash. The poor will spend, as usually all their money are disposable. Spend and the money goes down and make the round.
Tax break and rebates do no immediate good. Taxpayers are people with good disposable income. At this point in time, they wont spend much as they have already had what they needed. If they are employers they will find excuses not to employ but to retrench. That is natural occurence, everywhere.
I dont believe in tax breaks but  I believe in cheap basket of goods. So governments should work on this issue. Monitor cpi (consumer price index) closely. Check the hoarders. Beware of unscrupulous consumer good traders. 
Believe me this dark economic predicament will only see light in the early 2010, if the stimulus packages will only open the wrappings when the tide is at nose level. It needs to be urgent. Really urgent to prevent the domino from falling. Resuscitating economic breathis akin to mouth to mouth…something