Setelah beberapa tahun berjuang dan menyumbang kepada parti, rakyat dan negara, pada tahun ini(1/11/2008) alhamdullilah saya telah dipilih untuk menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas Kelantan. Saya mempunyai sedikit pengalaman dalam pengurusan parti di mana saya pernah memegang beberapa jawatan penting sejak saya terlibat dalam UMNO semenjak tahun 1978. Bermula dengan Exco pergerakan pemuda bahagian, naib ketua pemuda bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan sekarang Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Saya mencipta sejarah di Pasir Mas dimana saya telah memegang jawatan Timbalan Ketua sebanyak dua kali. Pertama kali pada tahun 1993 saya menjadi timbalan kepada Dato Ibrahim Ali dan pada tahun 2004 saya menjadi timbalan kepada Dato Rahim. Saya menjadi seorang timbalan yang setia kepada kedua dua ketua ini. Saya yakin dengan pengalaman yang di perolehi insyallah sepanjang tempoh tersebut, saya berupaya memimpin Bahagian Pasir Mas dengan baik. Saya mempunyai 3 agenda penting untuk rakyat Pasir Mas yang saya namakan agenda 3E. (Education, Environment dan Economy) Pendidikan, Persekitaran dan Ekonomi. Ini lah sebenarnya teras kepada sejahteraan hidup rakyat.
Semasa saya menjadi ADUN Pengkalan Pasir, saya telah memulakan program tersebut tetapi ianya terhenti apabila saya kalah pada PRU 12 yang lalu. Saya berhasrat dengan bersungguh sungguh untuk meneruskan idealisma murni ini. Saya tahu ianya bukan mudah tetapi saya yakin kesungguhan dan komitmen yang tinggi akan menggerakan segala segalanya. Kini setelah di pilih memegang jawatan Ketua Bahagian ianya menjadi lebih mudah dan teratur. Oleh yang demikian saya dengan rendah diri memohon kepada rakyat Pasir Mas memberi sokongan kepada saya untuk membolehkan saya menyambung semula agenda yang sangat penting ini. Insyallah kita akan memperolehi menafaat bersama demi masa depan generasi kita. Selamat Berjuang. Wassallam.
Assalamualaikum
Tahniah Abe Pi atas kejayaan bermakna mengetuai UMNO Bahagian Pasir Mas. Saya dan semua kakitangan JASA Parlimen Pasir Mas berbesar hati untuk sama-sama mengembeling usaha dan memerah keringat dalam membantu Abe Pi untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat di Pasir Mas terhadap UMNO.
Saya percaya dengan pengalaman yang ditimba sejak sekian lama dan komitmen tinggi yang berterusan, Abe Pi akan berupaya membawa sinar baru kepada perjuangan UMNO terutama di Parlimen Pasir Mas ini.
Wasalam
terima kasih Aswan. JASA adalah satu satunya jabatan yang banyak membantu parti dalam menyebar maklumat mengenai sumbangan dan peranan kerajaan kepada rakyat dan negara. Sebagai Ketua Bahagian saya sentiasa menaruh kepercayaan kepada keupayaan Pegawai dan kakitangan JASA dalam membantu parti dan rakyat menerima maklumat yang betuldan tepat. Saya juga rasa bersemangat dengan keyakinan Aswan terhadap kepimpinan saya. Salam kepada semua kakitangan JASA Pasir Mas.
assalamualaikum
Sekalung tahniah sekali lagi dan belum terlambat di atas kemenangan abe pi menjawat jawatan ketua umno bahagian pasir mas. Sememangnya itulah yang telahpun diterjemahkan oleh masyarakat khususnya dalam menentukan kepimpinan baru pasir mas. Dengan berlatarbelakangkan pengalaman yang telah dilalui oleh abe pi dalam politik umno khususnya dalam pasir mas dan kesetiaan abe pi pada kedua-dua pemimpin terdahulu jelas pada hari ini abe pi telahpun diterjemahkan oleh perwakilan menobatkan abe pi sebagai ketua umno bahagian pasir mas yang baru. Perubahan ini telah memberi satu harapan kepada umno pasir mas untuk berkeja dengan kuat bagi menyakinkan rakyat bahawa umno pasir mas akan terus memperjuangkan hak rakyat dan keyakinan tinggi bagi menghadapi pihanraya ke 13 nanti yang mana umno akan mencapai kejayaan nanti insyaalaah. Tetapi ini perlu juga ada kekuataan pada orang umno dan ahli umno sendiri untuk terus menyokong abe pi dalam membawa kejayaan pada umno pasir mas.
Dengan 3 agenda yang telah menjadi teras kepada perjuangan abe pi iaitu pendidikan, persekitaran dan ekonomi khususnya kepada penduduk pasir mas saya cukup yakin inilah masa untuk kita berubah demi anak bangsa yang memerlukan pendidikan yang secukupnya sebagai bekalan untuk kehidupan ke depan hari. Dengan penerapan ilmu secara menyeluruh komuniti akan mampu menjana kehidupan yang lebih tersusun disamping dengan adanya prasarana yang mencukupi. Marilah kita sama-sama meperjuangkan apa yang diharapkan abe pi demi tanah air pasir mas tercinta. Saya selaku pemuda umno dan ahli umno akan terus berada dibelakang abe pi dan akan membawa 3 agenda ini untuk diterjemahkan kepada rakyat khususnya diperingkat akar umbi. Semoga berjaya abe pi…..
Wasalam.
ki, terima kasih diatas sokongan dan suntikan semangat. perjuangan kita tidak semua difahami rakyat. tetapi kesan perjuangan itu diharapkan dapat merubah kehidupan mereka walaupun tidak di kenangi.selamat berjuang ki.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Saya mungkin jarang pulang ke kampung yang terletak di pinggir bandar Pasir Mas. Tetapi sesekali apabila ada sahaja kelapangan pasti saya akan menjengah. Namun natijahnya,terkadang timbul perasaan sedih serta kecewa melihat bandar kelahiran yang pada ketika ini dipimpin oleh pimpinan yang mendokong slogan ‘membangun bersama islam’ amat kurang melakukan pembaharuan serta pembangunan. Tetapi, perasaan kecewa itu sendiri terubat apabila melihat usaha ikhlas pihak BN terutamanya di bawah kepimpinan UMNO Pasir Mas yang baharu menyahut seruan pimpinan tertinggi UMNO untuk berkhidmat secara amanah , jujur dan ikhlas kepada masayarakat tanpa mengira fahaman serta ideologi masyarakat setempat. Ini amat bertepatan dengan gagasan yang dilaung-laungkan oleh DS Najib ’1 Malaysia’, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Saya amat bersyukur kerana dato’ sebagai pimpinan utama UMNO di Pasir Mas terlebih dahulu berjaya menterjemahkan gagasan 1Malaysia melalui pendekatan 3E. Saya amat percaya serta yakin sudah pasti aspirasi dato’ dalam mengenengahkan gagasan ’1Malaysia’ bakal direalisasikan secara berkesan. Pada hemat saya konsep 3E merupakan model terbaik dalam proses melengkapkan lagi gagasan ’1 Malaysia’. Saya melihat melalui pengaplikasian konsep 3E bakal memberi impak yang tinggi dalam membangunkan Bandar Pasir Mas. Sekiranya konsep 3E dilaksanakan secara berkesan maka sudah tentu ia akan memberi kesan yang menyeluruh (holistic effect) kepada penduduk serta pembangunan Bandar Pasir Mas. Mengambilkira isu kebejatan sosial pada masa kini, ianya bakal dirungkai melalui pendekatan ‘E’ yang pertama iaitu ‘Education’.Saya melihat usaha dato’ dalam meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri merupakan jawapan yang paling utuh dalam menangani masalah sosial di kalngan remaja di Bandar Pasir Mas. Sesungguhnya dengan ilmu pengetahuan maka kita bakal melahirkan masyarakat yang lebih beretika dan lebih bersifat kompetitif. Memetik kata-kata M.Bakri Musa di dalam bukunya ‘ Towards A Competitive Malaysia’ telah menyatakan bahawa “With wealth we may be able to afford the best doctors, but if we have the knowledge (education) of healthy living, we would not need (or not as often) the expensive services of a physician.” Ini bererti idea dato’ tentang kepentingan pendidikan itu sendiri bakal merubah senario kehidupan seluruh penduduk di Pasir Mas. Yang keduanya, penekanan kepada konsep ‘Environment’ ataupun persekitaran. Sudah pastinya saya sebagai salah seorang anak jati Bandar Pasir Mas teramat menginginkan perubahan dari aspek persekitaran itu sendiri. Saya amat berkeyakinan melalui peningkatan aspek persekitaran terutamanya dari segi perubahan lanskap Bandar Pasir Mas daripada sebuah bandar yang agak ketinggalan dari segi pembangunan kepada sebuah bandar yang indah serta berdayasaing pasti memberi kesan yang amat positif. Semestinya ini akan bakal menarik minat orang luar untuk berkunjung ke bandar Pasir Mas dan akan melengkapkan lagi daya tarikannya disamping keramahan penduduknya.M. Bakri turut menyatakan bahawa “To prepare Malaysia for this new endogenous growth, the (environment) must be supportive.” Maka saya amat-amat berharap agar konsep menambah nilai kepada pembangunan persekitaran di bandar Pasir Mas yang diimpikan oleh dato’ serta sekalian rakyat Pasir Mas bakal menjadi kenyataan dan bakal diterjemahkan dalam pilihan raya yang akan datang. Besarlah harapan saya sekiranya dato’ dapat mengemudi kembali bandar Pasir Mas buat kesekian kalinya. Yang terakhir, penekanan terhadap konteks ekonomi. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dilahirkan di sebuah bandar yang rakyatnya mempunyai kesedaran berekeonomi yang amat tinggi. Malangnya wakil rakyat Pasir Mas yang telah dipilih rakyat pada ketika ini gagal membawa sebarang anjakan dalam kegiatan ekonomi setempat. Maka amat bertepatn sekali apabila dato’ turut meletakkan pembangunan Ekonomi sebagai salah satu teras konsep 3E. Melalui pembangunan ekonomi yang menyeluruh serta pendekatan yang komprehensif bakal memberi peluang yang lebih besar untuk penduduk di Bandar Pasir Mas meningkatkan taraf hidup mereka melalui kegiatan ekonomi yang mapan. Saya tanpa ragu-ragu serta dengan sokongan yang tidak berbelah bagi mendokong aspirasi serta idealisme dato’ melalui pendekatan 3E. Mungkin kesimpulan yang terbaik untuk menjelaskan idealisme dato’ tentang konsep 3E adalah beretepatan dengan saranan oleh Robert Barro seorang ilmuwan dari Harvard melalui kajian yang dijalankan, beliau telah menyatakan bahawa “As expected, countries with highly educated citizens (Education), strong rule of law (Environment), favorable trading (Economy), low inflation, and where the government has low levels of expenditure (excepts for defense and education) tend to have high economic growth.” Semoga dengan sedikit buah fikiran saya ini dapat menyumbang ke arah menjayakan lagi konsep 3E seperti yang digagaskan oleh dato’. Wallahua’lam. Salam ’1Malaysia’, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Saya mungkin jarang pulang ke kampung yang terletak di pinggir bandar Pasir Mas. Tetapi sesekali apabila ada sahaja kelapangan pasti saya akan menjengah. Namun natijahnya,terkadang timbul perasaan sedih serta kecewa melihat bandar kelahiran yang pada ketika ini dipimpin oleh pimpinan yang mendokong slogan ‘membangun bersama islam’ amat kurang melakukan pembaharuan serta pembangunan. Tetapi, perasaan kecewa itu sendiri terubat apabila melihat usaha ikhlas pihak BN terutamanya di bawah kepimpinan baharu menyahut seruan pimpinan tertinggi untuk berkhidmat secara amanah , jujur dan ikhlas kepada masayarakat tanpa mengira fahaman serta ideologi masyarakat setempat. Ini amat bertepatan dengan gagasan yang dilaung-laungkan oleh DS Najib ’1 Malaysia’, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Saya amat bersyukur kerana dato’ sebagai pimpinan utama UMNO di Pasir Mas terlebih dahulu berjaya menterjemahkan gagasan 1Malaysia melalui pendekatan 3E. Saya amat percaya serta yakin sudah pasti aspirasi dato’ dalam mengenengahkan gagasan ’1Malaysia’ bakal direalisasikan secara berkesan. Pada hemat saya konsep 3E merupakan model terbaik dalam proses melengkapkan lagi gagasan ’1 Malaysia’. Saya melihat melalui pengaplikasian konsep 3E bakal memberi impak yang tinggi dalam membangunkan Bandar Pasir Mas. Sekiranya konsep 3E diguanpakai secara berkesan maka sudah tentu ia akan memberi kesan yang menyeluruh (holistic effect) kepada penduduk serta pembangunan Bandar Pasir Mas. Mengambilkira isu kebejatan sosial pada masa kini, ianya bakal dirungkai melalui pendekatan E yang pertama iaitu ‘Education’.Saya melihat usaha dato’ dalam meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri merupakan jawapan yang paling utuh dalam menangani masalah sosial di kalngan remaja di Bandar Pasir Mas. Sesungguhnya dengan ilmu pengetahuan maka kita bakal melahirkan masyarakat yang lebih beretika dan lebih bersifat kompetitif. Memetik kata-kata M.Bakri Musa di dalam bukunya ‘ Towards A Competitive Malaysia’ telah menyatakan bahawa “With wealth we may be able to afford the best doctors, but if we have the knowledge (education) of healthy living, we would not need (or not as often) the expensive services of a physician.” Ini bererti idea dato’ tentang kepentingan pendidkan itu sendiri bakal merubah senario kehidupan seluruh penduduk di Pasir Mas. Yang keduanya, penekanan kepada konsep ‘Environment’ ataupun persekitaran. Sudah pastinya saya sebagai salah seorang anak jati Bandar Pasir Mas teramat menginginkan perubahan dari aspek persekitaran itu sendiri. Saya amat berkeyakinan melalui peningkatan aspek persekitaran terutamanya dari segi perubahan lanskap Bandar Pasir Mas daripada sebuah bandar yang agak ketinggalan dari segi pembanguna kepada sebuah bandar yang indah serta berdayasaing. Semestinya ini akan bakal menarik minat orang luar untuk berkunjung ke bandar Pasir Mas dan akan melengkapkan lagi daya tarikannya disamping keramahan penduduknya.M. Bakri turut menyatakan bahawa “To prepare Malaysia for this new endogenous growth, the (environment) must be supportive.” Maka saya amat-amat berharap agar konsep menambah nilai kepada pembangunan persekitaran di bandar Pasir Mas yang diimpikan oleh dato’ serta sekalian rakyat Pasir Mas bakal menjadi kenyataan dan bakal diterjemahkan dalam pilihan raya yang akan datang. Besarlah harapan saya sekiranya dato’ dapat mengemudi kembali bandar Pasir Mas buat kesekian kalinya. Yang terakhir, penekanan terhadap konteks ekonomi. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana dilahirkan di sebuah bandar yang rakyatnya yang mempunyai kesedaran berekeonomi yang amat tinggi. Malangnya wakil rakyat Pasir Mas yang telah dipilih rakyat pada ketika ini gagal membawa sebarang anjakan dalam kegiatan ekonomi setempat. Maka amat bertepatn sekali apabila dato’ turut meletakkan pembangunan Ekonomi sebagai salah satu teras konsep 3E. Melalui pembangunan ekonomi yang menyeluruh serta pendekatan yang komprehensif bakal memberi peluang yang lebih besar untuk penduduk di Bandar Pasir Mas meningkatkan taraf hidup mereka melalui kegiatan ekonomi yang mapan. Saya tanpa ragu-ragu serta dengan sokongan yang tidak berbelah bagi mendokong aspirasi serta idealisme dato’ melalui pendekatan 3E. Mungkin kesimpulan yang terbaik untuk menjelaskan idealisme dato’ tentang konsep 3E adalah beretepatan dengan saranan oleh Robert Barro seorang ilmuwan dari Harvard melalui kajian yang dijalankan, beliau telah menyatakan bahawa “As expected, countries with highly educated citizens (Education), strong rule of law (Environment), favorable trading (Economy), low inflation, and where the government has low levels of expenditure (excepts for defense and education) tend to have high economic growth.” Semoga dengan sedikit buah fikiran saya ini dapat menyumban ke arah menjayakan konsep 3E seperti yang digagaskan oleh dato’. Wallahua’lam. Salam ’1Malaysia’, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
salam bos…
igt sy lg?
sy dgr2 along(irma yasmin)bgtau bos dh dpt “Datuk”.
tahniah lah bos.
maaf sbb sy baru tau.
smga bos sntiasa dlm rahmatNya…
Salam Poksu,
Kita 16 tahun telah meninggalkan Negeri Kelantan kerana bertugas di Sarawak. Sekarang kita dah balik, walaupun kita lama di perantauan, Insya Allah.. sbagai anak jati Kpg Pdg Tok La.. sedia berkhidmat jika dikehendaki dan kita tetap sokong apa yang diperjuangkan murni Poksu.
Dan, kita ucap tahniah atas anugerah ‘Datuk’ untuk Poksu.